Jejak warisan Borneo

Ismail Ibrahim and Humin Jusilin and Zaimie Sahibil and Mohamad Puad Bebit (2018) Jejak warisan Borneo. Penerbit UMS, Kota Kinabalu. ISBN 978-9-67-052177-0

[img] Text
Jejak warisan Borneo- Abstract.pdf

Download (59kB)

Abstract

Jejak Warisan Borneo adalah sebuah buku yang bersandarkan catatan sebenar penulis. Garapan esei daripada beberapa catatan pengalaman sebenar mencetuskan satu mood ingin tahu kepada audiens tentang apa yang berlaku sepanjang perjalanan ke lokasi. Dengan kata lain membaca buku ini ibarat membaca sebuah novel yang penuh dengan peristiwa sebenar. Buku Catatan Perjalanan Warisan Borneo Siri 1, dimulai dengan bab menjejaki budaya masyarakat Iranun. Penulisan ini penulis ke Mindanao, selatan Filipina iaitu persekitaran Tasik Lanao di Marawi. Kawasan sedang menghadapi konflik antara tentera Moro dan askar kerajaan Filipina dapat dirasakan terus oleh penulis. Betapa, nilai penghasilan sebuah penulisan begitu berharga apabila menjejaskan nyawa. Bab berikutnya, penulis melangkaui tanah besar, menyeberang lautan untuk ke destinasi Pulau Mandi Darah yang dihuni oleh suku kaum Bajau Ubian. Di sini penulis merasakan sendiri amalan penghidupan dan adat resam yang unik oleh penghuninya. Pada bab-bab seterusnya penulis berkongsi pengalaman tentang perjalanan yang mencabar merentasi bukit bukau hasil pembentukan banjaran Crocker yang menjadi tulang belakang kepada gunung Konabalu. Pertemuan dengan masyarakat penghuni di tanah tinggi yang dikenali sebagai Murut, telah membuahkan beberapa penerokaan tentang amalan adat dan kehidupan yang berpaksikan kepada persekitaran mereka. Di sini penulis berjaya melihat sendiri amalan pembentukan institusi keluarga dan penggunaan sumber alam sebagai bahan untuk mencipta warna. Sekelumin catatan pengalaman ini akan memberi ruang terhadap pencorakan baharu pelbagai suku kaum yang mendiami Borneo di dalam catatan perjalanan siri ke-2.

Item Type: Book
Keyword: Borneo , Etnik , Seni ukiran , Adat
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > GN1-890 Anthropology > GN301-674 Ethnology. Social and cultural anthropology > GN537-674 Ethnic groups and races
Department: FACULTY > Faculty of Engineering
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 06 Sep 2021 11:26
Last Modified: 07 Sep 2021 09:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29609

Actions (login required)

View Item View Item