Cabaran dan respon pekerja B40 dalam mendepani pandemik covid-19 di kedai pakaian Kesana Beluran, Sabah

Valentina Kamudis (2022) Cabaran dan respon pekerja B40 dalam mendepani pandemik covid-19 di kedai pakaian Kesana Beluran, Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (358kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (678kB)

Abstract

Tahun 2019 merupakan tahun yang sangat mencabar di mana sekali lagi dunia dikejutkan dengan kehadiran wabak penyakit berjangkit iaitu Coronavirus (COVID-19) yang secara langsung telah memberi impak yang sangat besar kepada seluruh dunia termasuklah Malaysia. Dalam konteks ini, pandemik Covid-19 yang melanda sememangnya tidak dapat dinafikan telah menyebabkan kelumpuhan ekonomi dunia di mana ia sekaligus telah menyebabkan perubahan yang drastik terhadap kehidupan masyarakat dan dunia pekerjaan dalam pelbagai sektor. Sejajar dengan itu, langkah-langkah untuk mencegah penularan wabak Covid-19 ini yang diaplikasikan oleh sebahagian besar kerajaan di dunia dilihat turut mengakibatkan berlakunya krisis ekonomi global. Buktinya, berdasarkan kepada pernyataan Robert et,al (2020) menyatakan bahawa wabak COVID-19 sememangnya telah mempengaruhi dan memberi impak yang sangat besar kepada seluruh dunia terutamanya terhadap ekonomi global. Pernyataan ini kemudiannya disokong oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labor Organization, 2020) melaporkan bahawa pandemik COVID-19 ini telah menyebabkan krisis ekonomi global seterusnya meningkatkan kadar pengangguran di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: Cabaran , Pekerja , B40 , Covid-19
Subjects: H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions > HC94-1085 By region or country
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 06 Apr 2023 09:55
Last Modified: 06 Apr 2023 09:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29640

Actions (login required)

View Item View Item