Kesejahteraan sosial pekerja dalam sektor ekonomi gig di Sekitar Kota Kinabalu, Sabah

Yussyahfirah Jefri (2022) Kesejahteraan sosial pekerja dalam sektor ekonomi gig di Sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (488kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Servis perkhidmatan penghantaran makanan sememangnya beroperasi secara atas talian sahaja yang merupakan insentif kepada orang ramai seperti wanita bekerjaya bagi meringankan tanggungjawab mereka sebagai ibu dan isteri yang tidak sempat untuk memasak dan menjimatkan masa dan tenaga mereka dalam hal sedemikian. Penghantaran makanan atas talian semakin berkembang pesat dan servis mereka semakin digunakan di Negara maju dan Negara yang membangun kerana sudah menjadi trend kehidupan dalam kalangan rakyat dalam sesebuah Negara kerana manfaatnya. Dalam pada itu, tidak ketinggalan juga di Malaysia khususnya di Tower B 1 Borneo condominium dan sekitar kawasan Kota Kinabalu, Sabah. Oleh itu, objektif dalam penyelidikan yang dilakukan ialah objektif yang pertama untuk mengkaji sejauhmanakah pihak pengurusan syarikat servis perkhidmatan penghantaran makanan dapat menjaga kesejahteraan dan kebajikan sosial para pekerja. dan mengenalpasti faktor penglibatan pekerja dalam pekerjaan dan cabaran ekonomi GIG servis perkhidmatan penghantaran makan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Metodologi yang digunakan dalam mencapai objektif kajian ini adalah pendekatan kualitatif dengan melakukan temu bual kepada 4 orang informan yang merupakan pemandu bagi servis penghantaran makanan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Informan ini bekerja kepada beberapa organisasi servis penghantaran makanan yang terkenal di sekitar kawasan kajian iaitu GrabFood dan FoodPanda. Hasil penyelidikan ini mendapati bahawa organisasi servis penghantaran makanan ini seperti GrabFood dan FoodPanda telah menyediakan dan memberi berapa jenis kebajikan sosial kepada para pekerjanya. Antaranya ialah menyediakan pemberian insentif, skim perlindungan sosial, waktu jam bekerja, ganjaran dan penghargaan kepada pekerja.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Ekonomi Gig , Atas talian , Perkhidmatan , Penghantaran , Kesejahteraan
Subjects: H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions > HC94-1085 By region or country
H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5410-5417.5 Marketing. Distribution of products
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 06 Apr 2023 09:54
Last Modified: 06 Apr 2023 09:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29643

Actions (login required)

View Item View Item