Fadzli Adam and Firdaus Khairi Abdul Kadi and Abd Hakim Mohad (2014) Al-Bid'ah Al-I'tiqadiyyah: Faktor Kemunculannya dalam Masyarakat Melayu dan Ruang Dakwah yang Masih Terbuka. pp. 1-9.
Text
Al-Bid'ah Al-I'tiqadiyyah.pdf Restricted to Registered users only Download (334kB) |
|
Text
Al-Bid'ah Al-I'tiqadiyyah abs.pdf Download (39kB) |
Abstract
Bid’ah al-I’tiqadiyyah juga dikenali sebagai bid’ah dari aspek akidah. Kewujudan kepercayaan dan amalan al-Bid’ah al-I’tiqadiyyah dalam sesebuah masyarakat merupakan satu manifestasi pertentangan antara kemunduran dan kemajuan sesebuah tamadun. Sebagai contoh dalam masyarakat Melayu, apabila kepercayaan dan amalan seperti ini muncul menyebabkan kemajuan sebenar umat Islam sukar direalisasikan. Bid’ah dalam aspek ini memberi kesan terhadap akidah umat Islam, kesan tersebut ialah kemunculan murtad tanpa disedari. Kepercayaan dan amalan yang berkait dengan al-Bid’ah al-I’tiqadiyyah ialah budaya khurafat yang muncul dari aspek perbomohan, telekan, tangkal azimat dan sebagainya. Kesemuanya ini merupakan kepercayaan dan amalan syirik yang dikategorikan sebagai bid’ah dalam aspek akidah. Kertas kerja ini meninjau tentang punca kemunculan amalan bid’ah dalam aspek akidah yang wujud dalam masyarakat Melayu; dan usaha dakwah intra agama yang boleh dilakukan dalam usaha memurnikan akidah umat Islam. Kajian yang dilakukan menerusi pendekatan kualitatif ini telah menemubual beberapa informan utama dalam bidang agama dan kemasyarakatan. Dalam pada itu, kajian ini turut disokong dengan analisa kandungan menerusi kajian perpustakaan dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa ruang dakwah ini begitu besar dan perlu diisi segera bagi memantapkan pembangunan duniawi dan ukhrawi umat Islam di rantau ini.
Item Type: | Chapter In Book |
---|---|
Keyword: | Islam , Bid’ah , Khurafat , Akidah |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 22 Dec 2021 18:25 |
Last Modified: | 22 Dec 2021 18:25 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29692 |
Actions (login required)
View Item |