Gejala Sosial dan Pencegahan dalam kalangan remaja di Malaysia

Balan Rathakrishnan and Syaidatun Nazirah Abu Zahrin and Rezki Perdani Sawai (2017) Gejala Sosial dan Pencegahan dalam kalangan remaja di Malaysia. Penerbit UMS, Universiti Malaysia Sabah, pp. 173-177. ISBN 978-9670521909

[img] Text
Gejala Sosial dan Pencegahan dalam kalangan remaja di Malaysia1.pdf

Download (52kB)

Abstract

Buku “Remaja, Gejala Sosial dan Pencegahan” ini ditulis dengan kesedaran bahawa isu-isu yang melibatkan remaja dari sudut psikologi dan keagamaan serta pendidikan adalah amat bersangkut-paut dengan kesedaran dalaman individu, dan kesedaran seluruh anggota masyarakat. Menyedari hakikat bahawa remaja adalah aset negara yang amat bernilai, mereka sewajarnya mendapat perhatian, bimbingan, didikan, cinta dan kasih sayang dalam konteks yang global dan universal. Perubahan daripada alam remaja kepada alam dewasa merupakan satu masa yang amat penting. Perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru dalam diri remaja telah menyebabkan pelbagai gejala sosial bermula. Oleh itu, memahami diri sebenar remaja adalah penting bagi mengetahui sebab-musabab mereka terlibat dengan gejala sosial ini. Faktor personaliti dan faktor perkembangan mempengaruhi tingkah laku seseorang individu itu. Mencari punca-punca gejala sosial dari akar umbi, adalah satu usaha mulia supaya usaha-usaha pencegahan dapat dijalankan agar para remaja yang masih suci, baik dan berfikiran matang boleh dilindungi dan diselamatkan daripada hanyut dalam arus pasca modenisasi yang terlalu mencabar dan penuh dengan godaan duniawi. Usaha-usaha pencegahan yang telah difikirkan secara mendalam oleh ahli-ahli akademik dan para pengamal ilmu Psikologi dan Pendidikan bukan hanya bertujuan untuk melindungi dan menyelamatkan para remaja yang masih baik keadaannya dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ia juga melibatkan usaha-usaha pencegahan bagi menyelamatkan para remaja yang telah rosak dimamah oleh gejala sosial yang melingkari hidup mereka. Selagi mana hayat di kandung badan, masih lagi ada sinar kehidupan yang baik bagi mereka yang mahu sedar, insaf, taubat dan kembali ke pangkal jalan.

Item Type: Book
Keyword: Gejala Sosial , Pencegahan , Remaja , Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > HN1-995 Social history and conditions. Social problems. Social reform
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 28 Dec 2021 16:38
Last Modified: 28 Dec 2021 16:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29796

Actions (login required)

View Item View Item