Penghasilan kordial campuran buah naga dan roselle

Zamri Maulan (2005) Penghasilan kordial campuran buah naga dan roselle. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000093.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menghasilkan kordial campuran buah naga dan roselle. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menghasilkan formulasi terbaik untuk kordial campuran buah naga dan roselle. Sebanyak 12 formulasi telah dihasilkan dan ujian pemeringkatan serta ujian hedonik dilakukan untuk mendapatkan 1 formulasi terbaik. Hasil ujian mendapati sampel 122 yang mengandungi nisbah buah naga dan roselle sebanyak 20 : 80 menjadi pilihan panel. Sampel 122 dipilih kerana mendapat skor min tertinggi bagi atribut warna (5.40 ± 1.08), bau (5.37 ± 1.07), kemanisan (5.17 ± 0.90), kemasaman (6.02 ± 1.02), aftertaste (5.40 ± 0.90), keseimbangan rasa manis dan masam (5.22 ± 0.83) clan juga penerimaan keseluruhan (5.20 ± 0.99). Ujian mutu simpanan telah dilakukan untuk dua suhu yang berbeza iaitu suhu bilik dan suhu sejuk yang meliputi ujian °Brix, ujian pH, peratus keasidan, peratus kandungan vitamin C dan juga ujian mikrobiologi. Ujian 'Brix untuk suhu bilik mendapati °Brix mengalami penurunan dari 54.36 ± 0.11 kepada 51.73 ± 0.11 dan pada suhu sejuk pula penurunan nilai °Brix adalah dari 55.10 ± 0.10 kepada 53.73 ± 0.05. Untuk ujian pH pula, mendapati pada suhu bilik, nilai pH menurun clad 2.83 ± 0.00 kepada 2.67 ± 0.00, manakala pada suhu sejuk pula, nilai pH berkurangan dari 2.83 ± 0.00 kepada 2.72 ± 0.00. Ujian keasidan mendapati peratus keasidan meningkat dari 0.08 ± 0.02 kepada 0.15 ± 0.00 pada suhu bilik. Untuk suhu sejuk pula peratus keasidan meningkat dari 0.08 ± 0.00 kepada 0.14 ± 0.00. Seterusnya, ujian kandungan vitamin C mendapati pada suhu bilik, peratus vitamin C berkurangan dari 32.53 t 0.00 kepada 32.40 ± 0.00 dan pada suhu sejuk pula, peratus vitamin C juga berkurangan dad 32.53 ± 0.00 kepada 32.47 ± 0.00. Keputusan ujian mikrobiologi menunjukkan sampel berada pada tahap yang selamat untuk diminum. Selain daripada itu, analisis proksimat juga dijalankan dan mendapati kordial ini mengandungi air 89.8%, protein 0.98%, lemak 0%, abu 0.57%, serabut kasar 0.01 % dan juga karbohidrat 8.64%.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Fruit cordial, Dragon fruit, Roselle
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 07 Jun 2011 16:29
Last Modified: 19 Oct 2017 10:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2987

Actions (login required)

View Item View Item