Tahap pengetahuan dan kepentingan kepada penduduk terhadap kriteria dan kelayakan permohonan program penempatan semula di Kudat, Sabah

Jabil Mapjabil and Mohammad Kadir Zainal Abidin and Mazdi Marzuki and ‪Rosmiza Mohd Zainol (2021) Tahap pengetahuan dan kepentingan kepada penduduk terhadap kriteria dan kelayakan permohonan program penempatan semula di Kudat, Sabah. Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB), 9. pp. 77-87. ISSN 2289-859X

[img] Text
Tahap pengetahuan dan kepentingan kepada penduduk terhadap kriteria dan kelayakan permohonan program penempatan semula di Kudat, Sabah abstract.pdf

Download (37kB)
[img] Text
Tahap pengetahuan dan kepentingan kepada penduduk terhadap kriteria dan kelayakan permohonan program penempatan semula di Kudat, Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (298kB)

Abstract

Isu program penempatan semula penduduk dari kawasan setinggan ke sesebuah lokasi lain adalah antara isu sosial yang signifikan di negeri Sabah. Kurangnya kecekapan penyampaian maklumat daripada pihak berkuasa tempatan telah menimbulkan masalah kepada penduduk setempat berhubung dengan program penempatan berkenaan. Justeru, kajian ini meneliti tahap pengetahuan dan kepentingan kepada penduduk terhadap kriteria dan kelayakan permohonan program penempatan semula di Kampung Tanjung Kapor Kudat, Sabah. Untuk itu, kajian ini melibatkan kaedah kuantitatif melalui temu bual menggunakan borang soal selidik. Seramai 219 orang penduduk Kampung Tanjung Kapor terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan responden terhadap program penempatan semula ini adalah sederhana sahaja. Manakala untuk penerimaan komuniti terhadap kriteria dan kelayakan pula, terdapat tiga pernyataan yang mencatatkan peratusan ‘penting’ dan ‘sangat penting’ yang tertinggi, iaitu perlu mengambil kira aspek kewarganegaraan, pemohon yang tidak ada kediaman lain dan mereka yang berpendapatan rendah. Selain itu, terdapat dua pernyataan yang mencatatkan peratusan ‘penting’ dan ‘sangat penting’ yang tinggi, iaitu penduduk setinggan yang ditimpa musibah kebakaran dan mengikut status perkahwinan dengan keutamaan kepada mereka yang banyak menanggung beban keluarga. Namun begitu, terdapat tiga pernyataan yang mencatatkan peratusan ‘penting’ dan ‘sangat penting’ yang agak rendah, iaitu sesiapa sahaja yang menetap di kampung setinggan adalah layak, mengikut tempoh lama menetap di perkampungan setinggan dan mereka yang mendirikan rumah di atas air laut perlu diberi keutamaan berbanding mereka yang di darat. Sebagai rumusannya, tahap keberkesanan penyampaian awam terhadap pelaksanaan dasar kerajaan perlu dipertingkat dan diperluaskan. Ia sekali gus sebagai suatu petanda terhadap perlunya langkah penambahbaikan polisi yang berkaitan dengan isu setinggan dan program penempatan semula.

Item Type: Article
Keyword: Pengetahuan , Kepentingan , Kriteria , Kelayakan , Program Penempatan Semula
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 27 Jul 2021 21:51
Last Modified: 27 Jul 2021 21:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29919

Actions (login required)

View Item View Item