Abdul Said Ambotang and Hariana A. Ahong and Connie Shin @ Connie Cassy Ompok (2019) Pengaruh fasilinus, pentadbir sekolah dan guru LINUS terhadap pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah daerah Kota Kinabalu. Southeast Asia Early Childhood Journal, 8. pp. 11-18. ISSN 2289-3156 (P-ISSN) , 2550-1763 (E-ISSN)
Text
Pengaruh fasilinus, pentadbir sekolah dan guru LINUS terhadap pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah daerah Kota Kinabalu.pdf Download (39kB) |
|
Text
Pengaruh fasilinus, pentadbir sekolah dan guru LINUS terhadap pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah daerah Kota Kinabalu1.pdf Restricted to Registered users only Download (364kB) |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengaruh pegawai fasilitator LINUS, kepimpinan pentadbir sekolah dan sumbangan guru LINUS terhadap pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah daerah Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam bentuk kaedah tinjauan yang melibatkan 52 buah sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu dan sampel kajian dikira berdasarkan rumus Cochran. Minimum sampel yang diperlukan ialah 264 orang, tetapi kajian ini telah mengambil 350 orang guru sebagai sampel kajian untuk memastikan ketepatan data. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang dihasilkan sendiri oleh pengkaji dan data yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis regresi berganda. Dapatan kajian analisis inferensi mendapati terdapat pengaruh yang sangat kuat antara ketiga-tiga pemboleh ubah bebas iaitu peranan fasiLINUS, sokongan pentadbir dan sumbangan guru terhadap pemboleh ubah bersandar iaitu pelaksanaan program LINUS. Pelaksanaan program ini perlu melibatkan banyak pihak secara umumnya dan melibatkan sekolah khasnya. Penguasaan kemahiran asas pada peringkat awal ini dapat membantu murid menguasai kemahiran pada tahap yang lebih tinggi
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Fasilitator LINUS , Pentadbir sekolah , Guru LINUS , Program LINUS |
Subjects: | L Education > L Education (General) ?? LB1603 ?? |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 13 Jul 2021 09:45 |
Last Modified: | 13 Jul 2021 09:45 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29934 |
Actions (login required)
View Item |