Personaliti, iklim sekolah, kurikulum dan sikap akademik pelajar di institusi tahfiz negeri Sabah

Muhamad Suhaimi Taat and Roslee Talip and Musirin Mosin (2021) Personaliti, iklim sekolah, kurikulum dan sikap akademik pelajar di institusi tahfiz negeri Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6 (3). pp. 80-90. ISSN 2504-8562

[img] Text
Personaliti, iklim sekolah, kurikulum dan sikap akademik pelajar di institusi tahfiz negeri Sabah ABSTRACT.pdf

Download (59kB)
[img] Text
Personaliti, iklim sekolah, kurikulum dan sikap akademik pelajar di institusi tahfiz negeri Sabah FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (316kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji personaliti pelajar tahfiz, iklim sekolah, kurikulum dan sikap akademik murid tahfiz di Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini melibatkan seramai 81 orang murid tahap dua (tahun 4 – 6) daripada 3 buah sekolah rendah tahfiz swasta di sekitar Kota Kinabalu. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan keratan rentas dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden kajian. Analisis deskriptif menunjukkan variabel personaliti dan sikap pelajar menunjukkan tahap yang tinggi dengan skor min melebihi 3.80, manakala bagi variabel iklim sekolah, dapatannya adalah pada tahap sederhana (Min=3.56, SP=0.530). Bagi variabel kurikulum pula, kebanyakan pelajar mempelajari mata pelajaran-mata pelajaran utama yang sama dipelajari di sekolah-sekolah rendah bantuan penuh kerajaan di samping mata pelajaran al-Quran. Namun begitu, tiada seorang pun yang mempelajari mata pelajaran Pendidikan Komputer. Diharapkan kajian ini akan dapat memberikan maklumat berguna untuk penambahbaikan institusi tahfiz

Item Type: Article
Keyword: Tahfiz , Iklim , Kurikulum , Sikap , Akademik
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 14 Jul 2021 08:56
Last Modified: 14 Jul 2021 08:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29958

Actions (login required)

View Item View Item