Eksplorasi zat warna alam batik dalam konteks warna tradisi etnik di Sabah

Erren Jossie Baeren and Humin Jusilin (2019) Eksplorasi zat warna alam batik dalam konteks warna tradisi etnik di Sabah. International Journal of Creative Industries, 1. pp. 1-17. ISSN 2637-0913

[img] Text
Eksplorasi zat warna alam batik dalam konteks warna tradisi etnik di Sabah.pdf

Download (38kB)
[img] Text
Eksplorasi zat warna alam batik dalam konteks warna tradisi etnik di Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Warna tradisi telah wujud melalui beberapa penceritaan mitos berdasarkan peristiwa yang telah berlaku pada zaman dahulu dan diturunkan secara lisan. Pewarnaan alam iaitu bersumberkan alam semula jadi telah dipergiatkan dalam kalangan etnik di Sabah khususnya dalam kraf tangan. Justeru itu, pelbagai metod dan campuran bahan alam diadunkan bagi menghasilkan pelbagai warna mengikut tempat dan etnik yang mendukungnya. Objektif kajian ini tertumpu kepada eksplorasi tumbuh-tumbuhan yang berpontensi dalam penghasilan warna dalam bidang batik di Sabah. Dalam penyelidikan ini, eksperimentasi dilakukan secara sistematik yang melibatkan proses awal sehingga proses akhir untuk mendapatkan eksperimen warna. Bahan-bahan dalam eksperimen ini melibatkan tekstil, bahan alam dan bahan penguncian (pemati) warna. Eksperimen ini melalui tiga tahap iaitu bermula dengan proses mordanting, mengekstrak bahan alam dan penguncian warna (fixing). Penyelidik seterusnya menjalankan ujikaji terhadap zat warna tumbuhan terhadap kesan warna yang terhasil pada tesktil (kain). Bahan penguncian (pemati) warna yang digunakan adalah seperti tawas (Al2SO4), tunjung (FeSO4) kapur (CaCO3), sodium silicate, daun betik dan limau nipis

Item Type: Article
Keyword: Warna alam , Teksti l, Batik , Penguncian warna , Etnik
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs
N Fine Arts > NX Arts in general
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 21 Jul 2021 12:40
Last Modified: 21 Jul 2021 12:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29997

Actions (login required)

View Item View Item