Ting, Eian Ling (2007) Pembangunan minuman jus peria campuran nanas. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000102.pdf Download (10MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini adalah mengenai pembangunan minuman jus peria campuran nanas. Formulasi produk dibangunkan melalui pemfaktoran faktorial dan formulasi produk terbaik dipilih melalui ujian sensori hendonik. Formulasi F8 dengan 30% jus peria, 15% jus nanas, 10% gula, 45% air, 0.05% asid sitrik dan 0.05% CMC paling diterima oleh ahli panel dengan min skor untuk atribut aroma (4.83±1.44), warna (4.13±0.73), rasa manis (4.63±1.30), rasa pahit (4.93±1.70), kandungan pulpa (4.77±1.04), dan penerimaan keseluruhan (5.13±1.20) telah dipilih sebagai formulasi terbaik. Kajian mutu simpanan meliputi ujian fizikokimia, ujian mikrobiologi, dan penilaian sensori ujian perbandingan. Hasil ujian mendapati produk akhir mempunyai tempoh mutu simpanan selama 3 minggu. Formulasi akhir mempunyai nilai pH, jumlah asid tertitrat, jumlah pepejal larut, kandungan vitamin C masing-masing sebanyak 3.57±0.01,0.299±0.01%, 13.2±0.1 °Briks, dan 8.20±0.01 mg/100 g pada awal penyimpanan. Nilai pH, jumlah pepejal larut, dan kandungan vitamin C menujukkan penurunan berkadar dengan tempoh penyimpanan manakala terdapat peningkatan pada jumlah asid tertirat. Jumlah kiraan piring untuk PCA ialah 1.2x105 CFU/ml manakala untuk PDA ialah 1.7x105CFU/mpl ada minggu ke-4, yang di mana kiraan ini menunjukkan produk yang disimpan telah rosak dan tidak selamat dimakan. Penilaian sensori ujian perbandingan menunjukkan produk yang disimpan selama 3 minggu terdapat perbezaan yang sederhana (min skor=2.53±0.86) berbandingan produk segar. Analisis proksimat menunjukkan produk akhir mengandungi 72.31%±0.11 kandungan lembapan, 2.98%±0.06 abu, 0.64%±0.04 lemak, 0.65%±0.06 protein, 6.39%±0.07 serat kasar, dan 17.03% karbohirat. Ujian pengguna menunjukkan potensi pembelian produk akhir adalah tinggi (68%) kerana pengguna berpendapat campuran jus nanas kepada peria mempunyai rasa keseluruhan yang unik dan sedap manakala atribut penerimaan keseluruhan (67%) merupakan atribut yang paling diterima oleh pengguna. Pembangunan produk minuman jus peria campuran nanas boleh mempelbagaikan pilihan produk minuman jus untuk pengguna yang prihatin terhadap kesihatan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Bitter gourd juice, Pineapple, Fruit juice |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 03 Jun 2011 15:09 |
Last Modified: | 19 Oct 2017 11:11 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3001 |
Actions (login required)
View Item |