Lai, Evonne Eng Fei and Crispina Gregory K Han (2020) Peranan komitmen guru, motivasi guru, iklim sekolah, kepuasan kerja berdasarkan analisis ipma. International Journal Of Education And Pedagogy, 2. pp. 262-274. ISSN 2682-8464 (E-ISSN)
Text
Peranan komitmen guru, motivasi guru, iklim sekolah, kepuasan kerja berdasarkan analisis ipma abstract.pdf Download (37kB) |
|
Text
Peranan komitmen guru, motivasi guru, iklim sekolah, kepuasan kerja berdasarkan analisis ipma.pdf Restricted to Registered users only Download (276kB) | Request a copy |
Abstract
Prestasi kerja digambarkan dengan kualiti dan produktiviti kerja. Faktor-faktor yang dapat meningkatkan prestasi kerja penting untuk diketahui dan diperkukuhkan. Sehubungan dengan itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji manakah di antara faktor-faktor seperti kepuasan kerja guru, hubungan iklim sekolah, komitmen guru dan motivasi guru merupakan faktor terpenting dalam menerangkan prestasi kerja guru di sekolah-sekolah menengah Sarawak berdasarkan analisis IPMA. Penyelidikan kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan cross-sectional yang mengkaji hubungan dan pengaruh antara pemboleh ubah Iklim Sekolah, Motivasi Guru, Komitmen Guru dan Kepuasan Kerja Guru sebagai pengantara terhadap Prestasi Kerja Guru. Seramai 2738 responden terlibat iaitu terdiri daripada guru-guru Sekolah Menengah di Negeri Sarawak. Dapatan IPMA menunjukkan bahawa kepuasan kerja guru dan subnya iaitu kepuasan intrinsik memberi sumbangan yang besar dalam mempengaruhi prestasi kerja guru. Implikasi kajian menunjukkan faktor-faktor seperti iklim sekolah, motivasi guru, komitmen guru dan kepuasan kerja guru merupakan faktor yang sangat penting dalam menjamin prestasi kerja guru yang tinggi. Kepuasan kerja kerja menunjukkan faktor terpenting (IPMA=71.90) menerangkan prestasi kerja guru diikuti dengan iklim sekolah (IPMA=71.54), komitmen guru (IPMA=70.94) dan motivasi guru (IPMA=67.88).
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Iklim sekolah , Motivasi guru , Komitmen guru , Kepuasan kerja guru , Prestasi kerja guru , IPMA |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 28 Jul 2021 13:31 |
Last Modified: | 28 Jul 2021 13:31 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30118 |
Actions (login required)
View Item |