Tang, Yee Hung (2006) Pembangunan produk susu kacang soya terfermentasi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000118.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Penghasilan susu kacang soya terfermentasi telah dijalankan untuk menghasilkan satu formulasi susu kacang soya probiotik yang terbaik dan diterima oleh pengguna. Daripada sejumlah lapan belas formulasi, formulasi yang terpilih adalah formulasi F1. Formulasi F1 mengandungi nisbah kacang soya kepada air 1: 8, gula sebanyak 12 %, 0.1 % pectin dan menggunakan kultur Lactobacillus casei untuk fermentasi. Pada akhir tempoh fermentasi selama lapan jam susu kacang soya terfermentasi ini mengandungi bilangan Lactobacillus casei sebanyak 1010 cfu/ml, nilai pH dan keasidan pula masing-masing adalah 4.99 dan 0.42 %. Semasa tempoh penyimpanan selama 28 hari pada suhu 4 °C, kepekatan bilangan Lactobacillus casei telah menurun kepada 107 cfu/ml. Keputusan ini telah menunjukkan produk susu kacang soya ini masih dapat mengekalkan kepekatan bakteria minimum sebagai minuman probiotik. Nilai pH dan keasidan pada akhir tempoh penyimpanan iaitu pula adalah 4.60 dan 0.65 %. Dalam ujian pengguna terdapat 55 % suka terhadap produk ini dan daripada jumlah ini terdapat 38 % akan membeli produk.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Fermented drink, Soymilk, Beverages |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 06 Jun 2011 16:39 |
Last Modified: | 19 Oct 2017 11:18 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3017 |
Actions (login required)
View Item |