Najwa Musain Musli @Thomas and Jabil Mapjabil and Mohamad Pirdaus Yusoh and Arnold Samih and Ruzanna Syamimi Ramli and Mohd Jirey Kumalah and Johan Johnes and Jemmy Amanda Sipatau (2019) Ciri pengeluaran dan kepelbagaian produk berasaskan agropelancongan kopi di Tenom, Sabah.
Text
Ciri pengeluaran dan kepelbagaian produk berasaskan agropelancongan kopi di Tenom, Sabah-aBSTRACT.pdf Download (59kB) |
|
Text
Ciri Pengeluaran dan Kepelbagaian Produk Berasaskan Agropelancongan.pdf Restricted to Registered users only Download (472kB) | Request a copy |
Abstract
Pekan Tenom adalah sinonim dengan produk kopi sehinggakan ia menjadi salah satu destinasi tarikan agropelancongan yang popular di Sabah. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui tentang agropelancongan kopi tersebut. Untuk itu, penelitian terhadap ciri pengeluaran dan kepelbagaian produk berasaskan agropelancongan kopi ini adalah relevan dan wajar untuk didokumentasikan untuk pengetahuan umum. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri pengeluaran dan kepelbagaian produk agropelancongan kopi di daerah Tenom, Sabah. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan menemu bual 15 orang informan yang terdiri daripada lima orang pengurus dan 10 orang pekerja di industri kopi Tenom. Teori pendefinisian agropelancongan adalah diaplikasikan untuk menentukan definisi agropelancongan kopi Tenom berdasarkan tarikan yang ditawarkan. Dapatan kajian menunjukkan pengeluaran jenis kopi adalah berdasarkan kesesuaian iklim yang panas di daerah Tenom. Jenis kopi Robusta dan Arabika merupakan kopi yang sesuai dengan keadaan di daerah tersebut. Pihak pengusaha agropelancongan kopi turut menghasilkan pelbagai jenis perisa kopi. Selain daripada penghasilan produk minuman, agropelancongan kopi Tenom turut menwujudkan tarikan lain seperti kafe, ladang kopi, cabin dan cottage. Sebagai rumusannya, agropelancongan kopi Tenom mempunyai potensi yang besar untuk terus membangun bagi mempromosikan ia sebagai destinasi agropelancongan yang berdaya saing sekali gus mampu meningkatkan pendapatan di samping memberi manfaat sampingan kepada komuniti setempat.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Pengeluaran , Kepelbagaian produk , Agropelancongan , Kopi |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo S Agriculture > S Agriculture (General) > S1-(972) Agriculture (General) > S560-571.5 Farm economics. Farm management. Agricultural mathematics Including production standards, record keeping, farmwork rates, marketing |
Department: | INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 24 Aug 2021 15:37 |
Last Modified: | 24 Aug 2021 15:37 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30250 |
Actions (login required)
View Item |