Faktor-faktor yang mempengaruhi kelestarian kesatuan sekerja selepas era penswastaan: analisis ke atas kesatuan sekerja pekerja-pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd

Asron Pilim and Dzurizah Ibrahim (2019) Faktor-faktor yang mempengaruhi kelestarian kesatuan sekerja selepas era penswastaan: analisis ke atas kesatuan sekerja pekerja-pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd.

[img] Text
Faktor-faktor yang mempengaruhi kelestarian kesatuan sekerja selepas era penswastaan-Abstract.pdf

Download (61kB)
[img] Text
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kelestarian Kesatuan Sekerja Selepas.pdf
Restricted to Registered users only

Download (280kB) | Request a copy

Abstract

Amalan penswastaan didapati telah meninggalkan pelbagai impak positif dan negatif ke atas perkembangan pergerakan sesebuah kesatuan sekerja. Di Malaysia, pelbagai entiti kerajaan telah diswastakan untuk menjadikannya lebih efektif dan produktif. Walau bagaimanapun, bagaimana amalan penswastaan ini meninggalkan dampak terhadap kesatuan sekerja dalam konteks Malaysia kurang dikaji. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor yang mempengaruhi perkembangan pergerakan Kesatuan Pekerja-Pekerja Sabah Electricity Sendirian Berhad (KPPSESB) selepas fasa penswastaan dilaksanakan terhadap organisasi tersebut. Lantaran itu, faktor yang mempengaruhi perkembangan pergerakan KPPSESB dianalisis dengan mendalam melalui data yang diperoleh daripada responden. Berdasarkan pendekatan kajian kes kualitatif, hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan pergerakan kesatuan selepas fasa penswastaan. Faktor-faktor tersebut termasuklah gaya pengurusan kesatuan, kewibawaan pemimpin kesatuan, pengiktirafan kesatuan, dan sokongan pemerintah. Oleh itu, Kajian mendapati bahawa faktor tersebut sangat penting untuk dianalisis kerana ia mampu mempengaruhi perkembangan pergerakan kesatuan yang pernah mengalami proses atau fasa penswastaan dalam organisasi mereka. Kajian telah menunjukkan bahawa kesatuan sekerja yang ada di negeri Sabah boleh mengenalpasti faktor yang mampu membantu perkembangan pergerakan kesatuan dan sekaligus memastikan kelestarian kewujudan kesatuan sekerja tersebut terus relevan dalam perkembangan sistem hubungan industri di Malaysia amnya dan di Sabah khususnya.

Item Type: Proceedings
Keyword: Dasar penswastaan , Kesatuan sekerja , Kelestarian , Sabah
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6350-6940.7 Trade unions. Labor unions. Workers' associations
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Aug 2021 17:31
Last Modified: 24 Aug 2021 17:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30258

Actions (login required)

View Item View Item