Lim, Gwo Yeong (2007) Pembangunan produk jeli pektin betik campuran pegaga. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000127.pdf Download (10MB) | Preview |
Abstract
Penyelidikan ini dilakukan untuk membangunkan jeli pektin yang berasaskan buah betik dan pegaga. Formulasi untuk jeli tersebut adalah berasaskan pengubahsuaian dari segi peratus pulpa buah betik, peratus serbuk pegaga dan peratus pektin. Penyelidikan awal meliputi pemilihan formulasi terbaik di mana 16 formulasi telah disediakan daripada gabungan peratus puri betik dengan pegaga pada 35% dan 40% dan 4 formulasi terbaik dipilih melalui ujian pemeringkatan. Formulasi F2 yang berkod 312 dipilih sebagai formulasi terbaik daripada empat formulasi ini melalui ujian hedonik. Formulasi tersebut mengandungi 31.50% pulpa betik, 3.50% serbuk pegaga, 1.5% pektin, 1.2% asid sitrik, 32% gula, 19% sirap glukosa, 4.1% gula halus, 0.35% natrium sitrat dan 6.85% air. Dari keputusan ujian fizikokimia, produk akhir mempunyai nilai pH 3.38 ± 0.02, jumlah pepejal larut 77.0 ± 0.10°Briks, kandungan lembapan 17.31 ± 0.01% dan jumlah keasidan 0.80 ± 0.01%. Daripada analisis proksimat, produk akhir mengandungi 17.31 ± 0.01% lembapan, 0.65 ± 0.02% protein, 0.19 ± 0.01% lemak, 0.30 ± 0.02% abu, 0.83 ± 0.03% serabut kasar dan akhir sekali 83.36 ± 0.02% karbohidrat. Bagi ujian mutu simpanan, produk akhir jeli yang telah disimpan selama 8 minggu tidak menunjukkan perbezaan yang nyata (p>0.05) dari segi warna, aroma, tekstur, kemanisan, kemasaman, keseimbangan masam manis, aftertaste dan penerimaan keseluruhan. Analisis fizikokimia juga tidak menunjukkan perubahan yang nyata (p>0.05). Selain itu, ujian mikrobiologi juga menunjukkan bahawa produk adalah bebas daripada sebarang pertumbuhan mikroorganisma. Kajian pengguna menunjukkan bahawa 95% responden suka produk ini manakala 5% yang lain tidak suka. Selain daripada itu, sebanyak 85% responden akan membeli produk ini jika ia dipasarkan manakala terdapat 10% yang tidak pasti akan membelinya dan yang selebihnya pasti tidak akan membeli.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Jelly product, Jelly mixture, Pectin jelly, Papaya, Pegaga |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 06 Jun 2011 16:50 |
Last Modified: | 19 Oct 2017 11:38 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3026 |
Actions (login required)
View Item |