Moratarium dan pengurusan kewangan norma baharu dalam menginspirasi dan mendidik kepimpinan komuniti pendidikan tinggi

Muhammad Safuan Yusoff and Irma Wani Othman and Mohd Kamal Mohd Shah and Mohd Sohaimi Esa and Nurul Ain Zulhazmi and Mohd Azri Ibrahim and Romzi Ationg (2021) Moratarium dan pengurusan kewangan norma baharu dalam menginspirasi dan mendidik kepimpinan komuniti pendidikan tinggi. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6. pp. 188-201. ISSN 0128-1755

[img] Text
Moratarium dan pengurusan kewangan norma baharu dalam menginspirasi dan mendidik kepimpinan komuniti pendidikan tinggi ABSTRACT.pdf

Download (59kB)
[img] Text
Moratarium dan pengurusan kewangan norma baharu dalam menginspirasi dan mendidik kepimpinan komuniti pendidikan tinggi FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (166kB) | Request a copy

Abstract

Dalam menempuh era pandemik Covid-19 di Malaysia pada hari ini, pelbagai cabaran terpaksa diharungi oleh rakyat dalam meneruskan kehidupan mengikut norma baharu. Cabaran utama yang terpaksa dihadapi oleh setiap individu adalah kehilangan sumber pendapatan yang disebabkan kehilangan pekerjaan. Tidak terkecuali pihak kerajaan yang menghadapi tekanan dalam menguruskan ekonomi bagi membantu rakyat dalam meneruskan kehidupan. Realiti yang terjadi pada masa kini kebanyakan dari individu yang kehilangan pekerjaan secara tiba-tiba telah membawa mereka terjerebak dalam permasalahan kewangan yang menghimpit diri dan keluarga. Permasalah ini berlaku adalah disebabkan mereka tidak pernah melakukan perancangan dalam menguruskan kewangan yang mana perkara ini dipandang tidak penting sebelum ini. Kepentingan adanya ilmu pengurusan kewangan dalam diri dapat membawa perubahan kearah kesejahteraan kewangan individu bagi mencapat setiap matlamat hidup. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan membincangkan bagaimana bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui moratarium serta pelbagai alternatif perancangan pengurusan kewangan yang cekap dapat membantu rakyat berhadapan dengan kehidupan norma baharu bagi menginspirasi dan mendidik kepimpinan komuniti pendidikan tinggi sebagai persediaan diri sebelum menempuh dunia pekerjaan. Krisis pandemik yang berlaku pada waktu ini telah menuntut kebijaksanaan dalam setiap diri individu supaya melakukan pengurusan kewangan dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan berkaitan isu kewangan.

Item Type: Article
Keyword: Moratarium , Pengurusan kewangan , Covid-19 , Norma baharu
Subjects: H Social Sciences > HG Finance > HG1-9999 Finance > HG3691-3769 Credit. Debt. Loans Including credit institutions, credit instruments, consumer credit, bankruptcy
Department: FACULTY > Labuan Faculty of International Finance
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 21 Aug 2021 15:44
Last Modified: 21 Aug 2021 15:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30276

Actions (login required)

View Item View Item