Asas pembentukan kepercayaan pekerja terhadap Ketua Jabatan

Chua, Bee Seok and Jasmine Adela Mutang (2014) Asas pembentukan kepercayaan pekerja terhadap Ketua Jabatan. Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam, 9. pp. 123-140. ISSN 2229-810X

[img] Text
Asas pembentukan kepercayaan pekerja terhadap Ketua Jabatan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[img] Text
Asas pembentukan kepercayaan pekerja terhadap Ketua Jabatan ABSTRAK.pdf

Download (61kB)

Abstract

Kepercayaan terhadap majikan atau ketua jabatan merupakan satu elemen penting bagi sesebuah organisasi untuk terus berkembang, mengekalkan perkembangan dan untuk membangunkan organisasi tersebut. Whitney (1994); Kramer dan Tyler (1996); Mayer dan Davis (1999) mendakwa bahawa kepercayaan terhadap majikan adalah satu elemen kritikal yang akan mempengaruhi keberkesanan, produktiviti dan prestasi sesebuah organisasi. Pekerja yang percaya terhadap majikan ataupun syarikat di mana mereka bekerja akan kekal lebih lama bekerja di syarikat itu, mereka akan lebih tekun bekerja dan lebih komited kepada syarikat dan majikan. Tetapi sekiranya pekerja tidak mempercayai syarikat atau majikan, keberkesanan kerja mereka akan kurang (Dirks & Ferrin 2001), mereka akan lebih cenderung menghasilkan tingkah laku organisasi yang tidak diingini (Bies & Tripp, 1996) mahupun mempunyai kecenderungan meninggalkan organisasi (Robinson, 1996). Robinson (1996) juga setuju bahawa kepercayaan adalah pemangkin kepada kesan buruk akibat tingkah laku negatif yang berkaitan kerja seperti ketidakhadiran kerja dan pusing ganti kerja. Keputusan meta-analisis menunjukkan terdapat hubungan signifikan di antara kepercayaan dengan prestasi tugas, tingkah laku kewargaan (citizenship) dan tingkah laku yang tidak produktif (Colquitt, Scott, & LePine, 2007; Dirks & Ferrin, 2002).

Item Type: Article
Keyword: Kepercayaan terhadap majikan , Ketua Jabatan , Pekerja
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF511-593 Affection. Feeling. Emotion
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD5701-6000.9 Labor market. Labor supply. Labor demand Including unemployment, manpower policy, occupational training, employment agencies
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 21 Aug 2021 15:55
Last Modified: 21 Aug 2021 15:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30283

Actions (login required)

View Item View Item