Tay, Pei Ling (2007) Penghasilan jam nanas campuran kayu manis. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000130.pdf Download (7MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan jem nanas campuran kayu manis dan formulasi terbaik diperolehi melalui 2 peringkat ujian sensori dan seterusnya analisis fizikokimia dan proksimat dijalankan ke atas formulasi terbaik. Pada peringkat awal pemilihan formulasi, sebanyak empat formulasi telah dipilih daripada sembilan formulasi berlainan dan formulasi F4 telah dipilih sebagai sampel terbaik yang mempunyai 38% puri nanas dan 0.1% kayu manis. Dalam analisis proksimat. Jem ini didapati mengandungi 67.66 ± 0.53% karbohidrat, 29.56 ± 0.57% air, 1.44 ± 0.05% serabut kasar, 0.90 ± 0.05% kandungan abu, 0.29 ± 0.03% protein, 0.15 ± 0.02% lemak dan 6.00 ± 0.15mg/100g vitamin C. Analisis fizikokimia menunjukkan nilai min pH jem telah menurun (p>0.05) sepanjang 8 minggu penyimpanan manakala jumlah pepejal larut (°Briks) meningkat (p>0.05) dalam tempoh tersebut tetapi. Dalam kajian mutu simpanan jumlah Kiraan Plat ialah 2.5 x 104 CFU/g manakala bagi Kiraan Yis dan Kulat adalah sebanyak 8.5 x 104 CFU/g. Bagi penilaian deria dalam tempoh penyimpanan, atribut-atribut seperti wama, aroma, rasa keseimbangan masam-manis, aftertaste dan penerimaan keseluruhan masing-masing menunjukkan perubahan signifikan pada tahap berbeza. Namun, atribut bagi tektur kebolehsapuan jem tidak mempunyai perbezaan signifikan sepanjang kajian mutu simpanan jem. Ujian Pengguna menunjukkan tahap kesukaan pengguna terhadap atribut-atribut dikaji adalah agak tinggi: wama (69%), aroma (72%), rasa (66%), kebolehsapuan (64%) dan aftertaste (57%). Selain itu, sebanyak 45% pengguna akan membeli produk jem ini dan sebanyak 32% daripada pengguna juga mungkin akan membeli jem ini. Maka, ini bermakna jem nanas campuran kayu manis dalam penyelidikan ini mempunyai potensi pasaran yang.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Jam product, Mixed jam, Pineapple, Cinnamon |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 07 Jun 2011 16:08 |
Last Modified: | 19 Oct 2017 11:39 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3029 |
Actions (login required)
View Item |