Kritik sosial dalam karya seni cetakan pangrok sulap di Malaysia

Mohd Azdy Shahrin Nizzam Amarisner and Humin Jusilin (2019) Kritik sosial dalam karya seni cetakan pangrok sulap di Malaysia.

[img] Text
Kritik sosial dalam karya seni cetakan pangrok sulap di Malaysia-Abstract.pdf

Download (59kB)
[img] Text
Kritik Sosial dalam Karya Seni Cetakan Pangrok Sulap di Malaysia.pdf
Restricted to Registered users only

Download (855kB) | Request a copy

Abstract

Pangrok Sulap adalah nama sebuah kolektif pelukis tempatan Sabah yang amat prolifik dalam menghasilkan karya cetakan kayu di Malaysia. Identiti karya mereka dikenali melalui pelbagai gambaran imej seperti masyarakat pendalaman di Sabah, persekitaran kampung, haiwan dan simbol-simbol yang berunsurkan politik. Imej dalam karya kumpulan Pangrok Sulap disifatkan sebagai komunikasi visual yang mampu menampilkan kritikan terhadap kehidupan sosial dalam di Malaysia. Kritikan sosial yang difokuskan sebagai objektif dalam kajian ini adalah menjelaskan indikator karya melalui kaedah interpretasi dan analisis kandungan dari segi imej, bentuk dan makna. Matlamat kajian ini dapat dicapai dengan mengaplikasikan teori kritikan seni melalui pendekatan Erwin Panofsky (1972). Pendekatan teori ini dibahagikan kepada tiga tahap. Tahap pertama melibatkan analisis formalistik, iaitu mendiskripsi imej mengikut tema kritikan sosial. Tahap kedua pula ialah mengklasifikasikan jenis imej dalam karya mengikut perkaitan tema. Pada tahap ketiga pula adalah tafsiran dari segi imej, bentuk dan makna melalui interpretasi terhadap mesej karya untuk menjelaskan perkaitan tema dan persoalan yang terkandung dalam karya. Hasil kajian mendapati bahawa dominasi kolektif Pangrok Sulap menerapkan unsur kritikan sosial dalam penghasilan karya. Mesej yang disampaikan dalam karya amat cenderung memaparkan persoalan isu masyarakat setempat khususnya di kawasan pendalaman Sabah.

Item Type: Proceedings
Keyword: Pangrok sulap , Cetakan kayu , Imej , Kemanusian , kritikan sosial
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts > N1-(9211) Visual arts > N7560-8266 Special subjects of art
N Fine Arts > NK Decorative arts > NK1-(9990) Decorative arts > NK3600-(9990) Other arts and art industries > NK9600-9955 Woodwork
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 25 Aug 2021 19:43
Last Modified: 25 Aug 2021 19:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30340

Actions (login required)

View Item View Item