Pelancongan gunung: konseptual, segmentasi, isu dan potensi penyelidikan di Malaysia

Arnold Samih and Jabil Mapjabil and Mohamad Pirdaus Yusoh and Ruzanna Syamimi Ramli and Mohd Jirey Kumalah and Najwa Musain Musli @ Thomas and Johan Johnes and Jemmy Amanda Sipatau (2019) Pelancongan gunung: konseptual, segmentasi, isu dan potensi penyelidikan di Malaysia.

[img] Text
Pelancongan gunung, konseptual, segmentasi, isu dan potensi penyelidikan di Malaysia-Abstract.pdf

Download (59kB)
[img] Text
Pelancongan Gunung, Konseptual, Segmentasi, Isu dan Potensi.pdf
Restricted to Registered users only

Download (334kB) | Request a copy

Abstract

Kawasan pergunungan menjadi destinasi pelancongan kedua popular selepas pantai dan pulau. Pelbagai aktiviti dan produk pelancongan ditawarkan bagi memenuhi kepelbagaian minat dan permintaan pelancong di kawasan pergunungan. Pelancongan gunung merupakan salah satu segmen pelancongan alternatif minat khas yang popular dan mempunyai kelompok pengkaji dan pengamalnya sendiri. Kajian berkaitan pelancongan gunung telah banyak dilakukan di peringkat antarabangsa. Namun di Malaysia, istilah pelancongan gunung dalam kajian berkaitan masih terlalu asing digunakan oleh mana-mana penyelidik tempatan. Oleh itu, kertas kerja ini meneliti tentang aspek konseptual, segmentasi, isu dan potensi penyelidikan pelancongan gunung di Malaysia. Selain itu, model pembangunan pelancongan dan kaitannya dengan pelancongan gunung turut dihuraikan. Aktiviti dan produk pelancongan di kawasan pergunungan serta pola dan lokasi pelancongan gunung di Malaysia juga dibincangkan secara ringkas. Perbincangan ini penting kerana konsep pelancongan gunung masih terlalu asing dalam konteks pembangunan dan penyelidikannya di Malaysia. Kertas kerja ini menggunakan kaedah tinjauan bahan literatur secara sistematik iaitu maklumat dan data penyelidikan sedia ada dikaji, dinilai dan dirumuskan dengan teratur. Diharapkan kertas kerja ini dapat meningkatkan lagi pemahaman tentang ruang lingkup pelancongan gunung seterusnya menjadi asas dan rujukan berguna untuk kajian lanjut tentang pelbagai isu berkaitan pelancongan gunung di Malaysia.

Item Type: Proceedings
Keyword: Pelancongan gunung , Konseptual , Segmentasi , Isu , Potensi
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 25 Aug 2021 19:52
Last Modified: 25 Aug 2021 19:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30346

Actions (login required)

View Item View Item