Penentuan corak densiti jenayah di kawasan letakan sekolah-sekolah menengah dalam bandar Kota Kinabalu menggunakan aplikasi GIS

Lizalin Anak Kalang and Oliver Valentine Eboy (2019) Penentuan corak densiti jenayah di kawasan letakan sekolah-sekolah menengah dalam bandar Kota Kinabalu menggunakan aplikasi GIS.

[img] Text
Penentuan corak densiti jenayah di kawasan letakan sekolah-sekolah menengah -Abstract.pdf

Download (63kB)
[img] Text
Penentuan Corak Densiti Jenayah Di Kawasan Letakan Sekolah-Sekolah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (522kB) | Request a copy

Abstract

Jenayah merupakan fenomena negatif yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Sehubungan dengan itu, jenayah dikatakan banyak berlaku di bandar dan lebih cenderung bertumpu di sekitar pusat bandar. Jenayah yang paling kerap berlaku di bandar ialah jenayah harta benda dan kekerasan. Peningkatan pelakuan jenayah tersebut di kawasan bandar telah menyebabkan kawasan sekolah di bandar turut terkena kesannya. Peningkatan pelakuan jenayah di luar kawasan sekolah boleh menjejaskan keselamatan pelajar. Oleh itu kajian ini mengetengahkan kajian jenayah harta benda dan kekerasan di kawasan tumpuan sekolah-sekolah. Sehubungan dengan itu, kurangnya pengkajian mengenai masalah jenayah dari bidang Geografi antara penyumbang kepada kurang berkesannya pencegahan jenayah. Maka, berhubung dengan masalah ini, kajian ini dijalankan dengan bertujuan untuk memetakan jenayah dalam ruang menggunakan aplikasi GIS. Kajian ini menggunakan data statistik jenayah harta benda dan kekerasan Kota Kinabalu bagi tahun 2018 yang telah diperoleh daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu. Data tersebut dimasukkan dalam perisian GIS dan seterusnya dianalisis menggunakan analisis corak iaitu teknik analisis Densiti Kernel. Hasil kajian yang diperolehi merupakan peta corak densiti jenayah harta benda dan kekerasan. Berdasarkan peta corak densiti tersebut, didapati corak densiti tinggi jenayah harta benda terdapat di zon Kota Kinabalu manakala bagi jenayah kekerasan pula terdapat di dua zon iaitu Kota Kinabalu dan Signal Hill. Didapati tiada sekolah yang berada dalam kawasan corak densiti tinggi kedua-dua jenayah tersebut. Kajian ini menyumbang kepada bidang pemetaan jenayah dengan menggunakan analisis GIS. Selain itu, hasil kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang terlibat seperti pihak polis, pihak sekolah dan pihak perancang bandar untuk mengatasi pelakuan jenayah yang semakin meningkat di bandar dan semestinya di kawasan tumpuan sekolah-sekolah yang turut terkesan dengan hal tersebut. Di samping itu, kajian ini juga memberi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan terutamanya berada di kawasan yang menjadi tumpuan jenayah.

Item Type: Proceedings
Keyword: Jenayah , Jenayah harta benda , Jenayah kekerasan , Sekolah , Pemetaan , GIS , Corak densiti , Densiti kernel
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology
L Education > LG Individual institutions - Asia, Africa, Indian Ocean islands, Australia, New Zealand, Pacific islands > LG21-961 Individual institutions > LG21-395 Asia > LG173 Malaysia
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 25 Aug 2021 20:00
Last Modified: 25 Aug 2021 20:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30363

Actions (login required)

View Item View Item