Pendekatan wasatiyyah dalam interaksi inter-agama di Malaysia

Khairul Azhar Meerangani and Muhammad Ikhlas Rosele and Syamsul Azizul Marinsah (2020) Pendekatan wasatiyyah dalam interaksi inter-agama di Malaysia. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, 31. pp. 19-46. ISSN 2590-4086

[img] Text
Pendekatan wasatiyyah dalam interaksi inter-agama di Malaysia ABSTRACT.pdf

Download (60kB)
[img] Text
Pendekatan wasatiyyah dalam interaksi inter-agama di Malaysia FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (378kB)

Abstract

Keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama merupakan identiti unik yang dimiliki oleh Malaysia sejak kemerdekaan. Namun begitu, usaha mengekalkan keharmonian ini sudah pastinya berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya pada era ledakan teknologi maklumat dan komunikasi. Kemudahan yang ditawarkan teknologi kini telah disalahgunakan, terutamanya dalam media sosial. Kebebasan bersuara telah disalahtafsirkan hingga mengundang penghinaan terhadap agama dan kaum, juga ujaran kebencian yang semakin menjadi-jadi. Pasca Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 telah memperlihatkan bibit-bibit ketegangan mulai tumbuh sehingga membawa kepada lahirnya isu-isu sensitif terutamanya berkaitan agama dan kaum yang jika tidak diuruskan dengan baik, berpotensi membawa Malaysia ke arah perpecahan dan permusuhan. Hal ini demikian kerana elemen agama dan kaum merupakan komoditi yang sering dijadikan modal untuk menimbulkan rasa tidak puas hati dan konflik. Situasi ini sekiranya tidak ditangani secara harmoni dikhuatiri mampu mencetuskan ketegangan dalam hubungan antara kaum dan agama di Malaysia. Maka, suatu asas yang kukuh berpaksikan prinsip wasatiyyah perlu dibina bagi memilih pendekatan yang bersesuaian dengan realiti semasa masyarakat majmuk di Malaysia. Pendekatan ini dibina berdasarkan panduan nas al-Quran, teks al-hadis serta pandangan para sarjana Muslim dengan mengambil kira realiti semasa yang wujud di Malaysia pada hari ini. Pendekatan yang seimbang ini mampu mengukuhkan dan mengharmonikan kembali interaksi sosial sesama masyarakat dalam rangka mengekalkan kerukunan dan perpaduan hidup bermasyarakat yang telah terbina sejak sekian lama.

Item Type: Article
Keyword: Kepelbagaian , Wasatiyyah , Interaksi , Inter-agama , Perpaduan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion > BL1-2790 Religions. Mythology. Rationalism > BL410 Religions in relation to one another
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP174-190 The practice of Islam > BP188-190 Islamic religious life
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 20 Sep 2021 14:24
Last Modified: 20 Sep 2021 14:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30368

Actions (login required)

View Item View Item