Mohammed Iqbal Badaruddin and Simon Soon and Luqman Lee and Zaimie Sahibil and Mohd Shahrul Hisham Ahmad Tarmizi (2020) Burung sebagai subjek reka corak Ukkil motif senjata tradisional Bajau Sama: satu pemerhatian umum. International Journal of Creative Futures and Heritage, 8 (1). pp. 74-97. ISSN 2289-4527 (P-ISSN) , 2716-6430 (E-ISSN)
Text
Burung sebagai subjek reka corak Ukkil Motif Senjata Tradisional Bajau Sama ABSTRACT.pdf Download (59kB) |
|
Text
Nilai reka corak mBurung sebagai subjek reka corak Ukkil Motif Senjata Tradisional Bajau Sama_ satu pemerhatian umum.pdf Restricted to Registered users only Download (408kB) |
Abstract
Nilai reka corak motif ukiran kayu yang dihasilkan oleh pandai kraf Bajau Sama di Kota Belud merupakan satu keunikan yang terdapat pada rumpun Bajau di negeri Sabah. Kajian ini membincangkan nilai reka corak yang terdapat pada ukkil motif ukiran kayu Bajau yang bersubjekkan burung atau hidupan di udara sebagai sumber inspirasi. Subjek burung diapresiasikan sebagai reka corak motif ukiran kayu pada senjata tradisional Bajau Sama. Contohnya burung Pimping, ayam (manuk) dan naga. Kajian ini dapat memahami nilai apresiasi panday kahuy Bajau terhadap reka corak ukkil motif bersubjekkan burung dan hubung-kaitnya dengan nilai budaya masyarakat Bajau Sama di Kota Belud. Kajian ini melibatkan proses pengumpulan data primer dan data sekunder. Proses pengumpulan data primer melibatkan temubual bersama adiguru panday kahuy Bajau dan pemerhatian secara langsung terhadap motif ukiran yang dihasilkan. Manakala, pengumpulan data sekunder adalah melalui jurnal dan buku ilmiah berkaitan dengan seni ukiran di alam Melayu. Penulis merujuk teori prinsip seni kraf tradisional Melayu dan kaedah Semantic Differential sebagai proses membuat analisa terhadap motif ukiran kayu. Pemerhatian ini diharap dapat memberi satu pemahaman umum memandangkan kurangnya dokumentasi terhadap makna interpretasi seni ukiran kayu Bajau Sama terutamanya subjek burung.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Burung , Motif , Ukiran , Senjata , Bajau Sama |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM621-656 Culture N Fine Arts > NK Decorative arts > NK1-(9990) Decorative arts > NK3600-(9990) Other arts and art industries > NK9600-9955 Woodwork |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | SAFRUDIN BIN DARUN - |
Date Deposited: | 20 Sep 2021 14:34 |
Last Modified: | 20 Sep 2021 14:34 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30370 |
Actions (login required)
View Item |