Kelly Jauding and Colonius Atang (2019) Pengaruh sosiobudaya orang asal terhadap tingkah laku penjagaan kesihatan: satu tinjauan literatur.
Text
Pengaruh sosiobudaya orang asal terhadap tingkah laku penjagaan kesihatan, satu tinjauan literatur-Abstarct.pdf Download (59kB) |
|
Text
Pengaruh Sosiobudaya Orang Asal terhadap Tingkah Laku Penjagaan.pdf Restricted to Registered users only Download (232kB) | Request a copy |
Abstract
Penyelidikan Geografi Kesihatan sebagai subdisiplin dalam Geografi Manusia mula berkembang seiring dengan penggunaan kaedah kualitatif yang semakin popular menjelang tahun 1990 an. Pengkajian Geografi Kesihatan adalah berfokuskan kepada pemberian makna tempat dan pengaruh persekitaran kepada kesihatan. Pendekatan ini berkontradiksi dengan pendekatan Geografi Perubatan yang melihat tempat hanyalah sebagai ‘kanvas’ dimana peristiwa berlaku. Pemberian makna tempat dalam kajian Geografi Kesihatan menunjukkan bahawa tempat bukan hanya dicirikan oleh sifat fizikal malah juga dicirikan oleh sifat sosiobudaya. Justeru, dalam memahami tentang hasil kesihatan disesebuah tempat, ciri budaya sesebuah tempat tersebut harus diambil kira. Oleh itu, dalam kertas kerja ini elemen sosiobudaya yang mempengaruhi tingkah laku orang asal dalam penjagaan kesihatan akan diulas dengan lebih lanjut. Kepercayaan kesihatan dalam kalangan orang asal didapati adalah bersifat kolektif yang meliputi kesihatan fizikal dan mental, hubungan dengan nenek moyang, komuniti dan alam semula jadi. Manakala elemen sosiobudaya yang mempengaruhi tingkah laku penjagaan kesihatan dalam kalangan orang asal adalah pelbagai seperti batasan bahasa, pendidikan, jaringan keselamatan sosial, pengaruh gender dan sebagainya. Elemen sosiobudaya tersebut didapati menyebabkan halangan akses penjagaan kesihatan dalam kalangan orang asal. Maka itu, intervensi yang berkesan dalam mengatasi halangan tersebut perlulah bersifat holistik dan melibatkan pendekatan transdisiplin bagi meningkatkan keyakinan dan penggunaan orang asal terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Elemen sosiobudaya , Tingkah laku penjagaan kesihatan , Orang asal , Geografi kesihatan |
Subjects: | R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA771-771.7 Rural health and hygiene. Rural health services |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 25 Aug 2021 20:42 |
Last Modified: | 25 Aug 2021 20:42 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30385 |
Actions (login required)
View Item |