Mohamad Pirdaus Yusoh and Jabil Mapjabil and Nurhazliyana Hanafi and Arnold Samih and Ruzanna Syamimi Ramli and Johan Johnes and Jemmy Amanda Sipatau and Najwa Musain Musli @ Thomas (2019) Persepsi pelancong domestik terhadap ciri tarikan dan aktiviti pelancongan di Pulau Pangkor.
Text
Persepsi pelancong domestik terhadap ciri tarikan dan aktiviti pelancongan di Pulau Pangkor-Abstract.pdf Download (61kB) |
|
Text
Persepsi Pelancong Domestik Terhadap Ciri Tarikan dan Aktiviti.pdf Restricted to Registered users only Download (309kB) | Request a copy |
Abstract
Perkembangan pelancongan di Pulau Pangkor semakin pesat dengan peningkatan jumlah ketibaan pelancong yang memberangsangkan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Pembandaran Manjung 2019, jumlah ketibaan pelancong pada tahun 2018 mencecah 1.42 juta orang. Ketibaan pelancong ini didorong oleh kewujudan pelbagai tarikan aktiviti pelancongan serta ciri fizikal di Pulau Pangkor itu sendiri. Untuk itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelancong domestik terhadap ciri tarikan dan aktiviti utama pelancongan di Pulau Pangkor. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Dapatan daripada 332 orang responden pelancong domestik mendapati 42.8 peratus responden menyatakan tarikan utama pelancong ke Pulau Pangkor adalah laut dan pantai, diikuti pulau 16.8 peratus dan aktiviti rekreasi air 14.8 peratus. Bagi aktiviti utama pelancongan pula, 31.3 peratus responden menyatakan aktiviti utama di Pulau Pangkor adalah bersiar di pantai diikuti 22.3 peratus menyatakan aktiviti berenang. Seterusnya, sebanyak 3.0 peratus menyatakan aktiviti utama mereka ke Pulau Pangkor adalah untuk melawat ke kilang makanan laut. Dapatan kajian ini menunjukkan rata-rata pelancong domestik menyatakan tarikan utama Pulau Pangkor adalah laut dan pantai serta aktiviti berdasarkan kedua-dua tarikan tersebut. Kesimpulannya, dapatan kajian ini adalah bermanfaat kepada pihak berkuasa tempatan dalam memperkasakan pembangunan pelancongan berasaskan laut dan pantai agar menjadi ikonik yang terkenal di seantero dunia.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Ciri tarikan , Aktiviti utama pelancongan , Pelancong domestik , Pulau Pangkor |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV1-1860 Recreation. Leisure > GV182-182.5 Recreational areas and facilities. Recreation centers |
Department: | INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 26 Aug 2021 15:31 |
Last Modified: | 26 Aug 2021 15:31 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30392 |
Actions (login required)
View Item |