EmmaTingkas and Syahruddin Awg Ahmad (2019) Polemik gender dan realiti gaya komunikasi pemimpin wanita dunia.
Text
Polemik gender dan realiti gaya komunikasi pemimpin wanita dunia-Abstract.pdf Download (59kB) |
|
Text
Polemik Gender dan Realiti Gaya Komunikasi Pemimpin Wanita Dunia.pdf Restricted to Registered users only Download (242kB) | Request a copy |
Abstract
Kaum wanita sebagai figura dunia merupakan satu pengikitirafan dan penghormatan tertinggi bagi mereka. Beberapa ‘figura’ wanita dunia dijadikan sebagai unit analisis untuk mengkategorikan gaya komunikasi yang diaplikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua kerajaan dan juga sebagai idola masyarkat dunia. Salah satu ciri untuk menjadi figura dan pemimpin yang berkesan adalah dengan mengamalkan gaya komunikasi yang difikirkan sesuai berdasarkan persoalan tentang Siapa, Di mana dan Bagaimana gaya komunikasi tersebut diaplikasikan. Gaya komunikasi merupakan satu wadah yang digunakan bukan sahaja untuk memastikan kelancaran perjalanan pengurusan sesebuah organisasi namun juga penting dalam urusan hal ehwal tadbir melibatkan kerajaan sesebuah negara serta ketika berhadapan dengan khalayak. “The way you lead is thru the way you speak” merupakan falsafah budaya kepemimpinan yang menjadi asas kepada kertas kerja ini. Konsep kertas kerja ini adalah berpaksikan kepada enam gaya komunikasi oleh Tubbs dan Moss(2008) dengan menggunakan kaedah analisis dokumen. Kertas kerja ini juga akan memberikan pemahaman yang lebih jelas tentang gaya komunikasi yang diamalkan oleh ‘figura’ wanita dunia dalam melaksanakan praktis pengurusan dan pentadbiran kerajaan, organisasi yang diwakili mahupun sewaktu mereke perlu berhadapan dengan publik. Kertas kerja ini diharapkan mampu untuk menjadi perintis agar satu kajian yang lebih mendalam berkaitan karisma wanita samaada sebagai ketua kerajaan mahupun “public figure” daripada aspek komunikasi dapat dilakukan pada masa akan datang.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Gaya komunikasi , Pemimpin wanita , Gender |
Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ1101-2030.7 Women. Feminism J Political Science > JA Political science (General) > JA1-92 Political science (General) > JA71-80 Theory. Relations to other subjects |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 26 Aug 2021 15:33 |
Last Modified: | 26 Aug 2021 15:33 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30393 |
Actions (login required)
View Item |