Pola ruang keliaran pelancongan kembara di Kota Kinabalu, Sabah

Johan Johnes and Jabil Mapjabil (2020) Pola ruang keliaran pelancongan kembara di Kota Kinabalu, Sabah. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management, 5. pp. 242-254. ISSN 0128-178X

[img] Text
Pola ruang keliaran pelancongan kembara di Kota Kinabalu, Sabah ABSTRACT.pdf

Download (59kB)
[img] Text
Pola ruang keliaran pelancongan kembara di Kota Kinabalu, Sabah FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (562kB) | Request a copy

Abstract

Kota Kinabalu merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di negeri Sabah. Bandaraya ini turut menjadi destinasi permulaan bagi kebanyakan ruang keliaran pelancongan di negeri ini. Oleh itu, kajian ini adalah berkaitan pola ruang keliaran pelancongan kembara di Kota Kinabalu. Terdapat tiga objektif yang ditetapkan dalam kajian ini iaitu (i) mengenal pasti perancangan perjalanan kembara responden, (ii) meneliti pola ruang keliaran pelancongan kembara di Kota Kinabalu dan (iii) meneliti pola ruang keliaran pelancongan kembara di luar Kota Kinabalu. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah pendekatan tinjauan dengan mengaplikasikan kaedah kuantitatif sebagai kaedah penyelidikan. Seramai 228 orang responden yang merupakan pelancong kembara di Kota Kinabalu telah menjawab soal selidik dalam kajian ini. Analisis data yang digunakan adalah dengan menggunakan perisian GIS. Dapatan kajian mendapati bahawa ruang keliaran pelancong kembara di Kota Kinabalu adalah terhad dan banyak dipengaruhi oleh destinasi popular yang dikunjungi oleh pelancong massa yang datang ke daerah ini. Secara ringkasnya, pelancongan kembara mempunyai potensi yang tinggi untuk berkembang dan menjadi salah satu jenis pelancongan yang menjadi identiti bagi sektor pelancongan di Kota Kinabalu. Oleh itu, kerajaan dan pihak berkaitan haruslah meningkatkan usaha untuk mempromosikan pelancongan kembara di Kota Kinabalu ke peringkat antarabangsa.

Item Type: Article
Keyword: Pelancongan Kembara , Pelancong Kembara , Pola Ruang Keliaran , Kota Kinabalu
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 20 Sep 2021 15:16
Last Modified: 20 Sep 2021 15:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30410

Actions (login required)

View Item View Item