Imelda Ann Achin and Addley Bromeo Bianus (2021) Simbolisme dalam filem animasi Malaysia berdasarkan pendekatan semiotik. Jurnal Dunia Pengurusan, 3. pp. 132-141. ISSN 2682-8251
Text
Simbolisme dalam filem animasi Malaysia berdasarkan pendekatan semiotik ABSTRACT.pdf Download (34kB) |
|
Text
Simbolisme dalam filem animasi Malaysia berdasarkan pendekatan semiotik.pdf Restricted to Registered users only Download (552kB) |
Abstract
Pemberian perlambangan di dalam sesebuah karya bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah dilakukan sejak zaman Paleolitik apabila manusia mula mencipta siri-siri lakaran yang membawakan penceritaan tersirat. Proses memahami makna sesuatu mesej yang disampaikan di dalam sesebuah animasi adalah sesuatu proses yang kompleks kerana ia memerlukan usaha untuk memahami mesej yang ingin disampaikan. Pemahaman sesuatu mesej yang disampaikan adalah penting kerana kandungan animasi berkemampuan di dalam meninggalkan kesan pelbagai kepada audiens sama ada dalam bentuk positif mahupun negatif. Justeru, kajian ini meneliti simbolisme dalam filem animasi 3D pertama Malaysia, Seefood. Ia bertujuan menganalisis simbolisme watak haiwan sebagai metafora visual dalam filem animasi Malaysia. Makalah ini disandarkan kepada penyelidikan berasaskan teori Semiotik Saussare (1916) dalam menganalisis data. Melalui kajian ini mendapati bahawa factor budaya, pengetahuan mengenai mitos, kepercayaan dan perbezaan sosial merupakan aspek utama dalam penerapan simbolisme pembentukan watak dalam filem animasi Seefood. Ini menjadikan watak lebih mudah menarik perhatian audiens kerana wujudnya pemahaman terhadap perwakilan budaya sosial yang cukup sinonim di kalangan audiens.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Symbolism , Malaysian animated films , Visual metaphor |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1993-1999 Motion pictures > PN1997-1997.85 Plays, scenarios, etc. |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 22 Sep 2021 07:48 |
Last Modified: | 22 Sep 2021 07:48 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30416 |
Actions (login required)
View Item |