Lauriebeeld Igoh Anak Lawrence (2007) Penghasilan jem nanas campuran rumpai laut (caulerpa lentillifera). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000138.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Penyelidikan penghasilan jem nanas campuran rumpai laut (Caulerpa lentillifera) ini bertujuan untuk menghasilkan produk jem nanas campuran rumpai laut (Caulerpa lentillifera). Kaedah pembuatan jem nanas campuran rumpai laut ini melibatkan proses penyediaan puri nanas, penyediaan rumpai laut dan pemasakan jem. Sebanyak 9 formulasi telah dihasilkan dengan menggunakan 3 aras peratus puri nanas yang berbeza iaitu 35%, 37% dan 39%, 3 peratus rumpai laut yang berbeza iaitu 2%, 4% dan 6% dan 5 aras peratus air yang berbeza iaitu 2%, 4%, 6%, 8% dan 10%. Daripada 9 formulasi ini, sebanyak 3 formulasi yang terbaik dari ujian pemeringkatan telah dipilih untuk diteruskan untuk ujian skala hedonik. Daripada ujian skala hedonik yang dijalankan mendapati sampel F7 adalah yang terbaik dengan formulasi 39% puri nanas, 2% rumpai laut, 52% gula, 0.5% pektin, 0.5% asid sitrik dan 6% air. Analisis proksimat yang dijalankan mendapati jem nanas campuran rumpai laut formulasi terbaik mempunyai kandungan 25.71 ± 0.23 lembapan, 0.45 ± 0.03 abu, 1.30 ± 0.03 protein, 0.28 ± 0.06 lemak, 0.46 ± 0.01 serabut kasar dan 71.58 ± 0.42 karbohidrat. Analisis fizikokimia dari segi nilai pH mendapati jem nanas campuran rumpai laut formulasi terbaik mencatatkan nilai pH 3.30 dan pepejal larut sebanyak 68 °Briks. Daripada kajian mutu penyimpanan mendapati jem nanas campuran rumpai laut formulasi terbaik tidak mengalami kerosakan fizikokimia dan bebas daripada pertumbuhan mikroorganisma. Berdasarkan kepada ujian pengguna yang dijalankan, didapati seramai 34% pengguna mungkin menyukai dan 37% pengguna menyukai jem nanas campuran rumpai laut formulasi terbaik ini. Jem ini mempunyai potensi untuk dipasarkan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Pineapple, Seaweed, Caulerpa lentillifera |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 10 Jun 2011 16:35 |
Last Modified: | 19 Oct 2017 11:57 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3042 |
Actions (login required)
View Item |