Wacana islamofobia dalam media Malaysia: obligasi, isu-isu dan cabaran

Lee, Kuok Tiung and Aisah Meri and Siti Suriani Othman and Liana Mat Nayan (2018) Wacana islamofobia dalam media Malaysia: obligasi, isu-isu dan cabaran. Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB), 6. pp. 8-20. ISSN 2289-859X

[img] Text
Wacana islamofobia dalam media Malaysia.pdf

Download (36kB)
[img] Text
Wacana islamofobia dalam media Malaysia1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (410kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis komitmen dan usaha yang dilakukan oleh media di Malaysia untuk membendung penularan propaganda dan sentimen yang bermotif mengaibkan nama baik Islam dan Muslim di samping usaha-usaha meneutralkan sterotaip rasis tersebut dengan memberikan maklumat yang tepat berkenaan Islam dan Muslim. Hasil dapatan kajian melalui kaedah temubual mendalam dengan pengamal media dari beberapa buah akhbar arus perdana, stesen radio dan televisyen FTA terpilih telah merumuskan dasar dan polisi kerajaan Malaysia pada dasarnya secara tidak langsung sudah menyumbang kepada usaha-usaha mengawal penularan gejala Islamofobia. Komitmen untuk menjelas, mendidik dan memberikan kefahaman yang tepat tentang ajaran Islam dan Muslim sering mendapat tempat menerusi rancangan-rancangan yang diterbitkan terutama melalui saluran media kerajaan. Tidak dinafikan ada berlaku insiden-insiden yang secara mudahnya boleh dimanipulasi untuk mencetuskan persengketaan sesama rakyat Malaysia yang berbilang etnik dan agama, tetapi media di Malaysia sentiasa komited membantu mengawal dan meredakan keadaan. Kebanyakan usaha ini lahir daripada kesedaran tanggungjawab diri pengamal media di Malaysia untuk mengekalkan suasana aman dan harmoni dalam kalangan masyarakat pluralistik Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: Islamofobia , Pembingkaian , Ekonomi politik , Rasis , Masyarakat pluralistik
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN4699-5650 Journalism. The periodical press, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Sep 2021 08:19
Last Modified: 22 Sep 2021 08:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30435

Actions (login required)

View Item View Item