Wanita dan feminisme: isu dan cabaran wanita dalam mendapatkan pendidikan semasa zaman penjajahan di Borneo Utara (1881-1946)

Noorazmil Noorta and Maureen De Silva (2019) Wanita dan feminisme: isu dan cabaran wanita dalam mendapatkan pendidikan semasa zaman penjajahan di Borneo Utara (1881-1946).

[img] Text
Wanita dan feminisme, isu dan cabaran wanita dalam mendapatkan pendidikan -Abstract.pdf

Download (64kB)
[img] Text
Wanita Dan Feminisme, Isu dan Cabaran Wanita Dalam Mendapatkan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (192kB) | Request a copy

Abstract

Bermulanya era penjajahan British ke atas Borneo Utara telah menjadikan pendidikan ke atas penduduk tempatan sebagai satu agenda yang sangat serius. Hal ini disebabkan oleh tuntutan kemanusiaan bangsa mereka sendiri ke atas penduduk Borneo Utara yang mereka anggap ketinggalan dalam pelbagai aspek. Dipelopori oleh darwinisme sosial dan beban mereka sebagai orang putih, pendidikan ke atas wanita juga mula dititikberatkan bersandarkan atas hak asasi manusia dan feminisme yang mula diterapkan dalam pentadbiran British menjelang abad ke-20. Justeru, kajian ini akan menjelaskan mengenai bagaimana ideologi feminisme telah mengangkat hak wanita dalam mendapatkan pendidikan di Borneo Utara khusunya semasa zaman penjajahan. Maka, skop kerja bagi kajian ini telah ditetapkan di Borneo Utara iaitu semasa zaman penjajahan British bermula dari tahun 1881 sehingga 1946, terutamanya semasa era pentadbiran British North Borneo Company. Dapatan utama kajian ini mendapati hak wanita dalam mendapatkan pendidikan di Borneo Utara adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor khususnya budaya dan cara hidup masyarakat tempatan yang skeptikal mengenai fungsi pendidikan ke atas wanita, sehinggalah pentadbiran British mula memandang serius mengenai masalah ini. Pentadbiran British cuba untuk menghapuskan dogma dalam pemikiran masyarakat tempatan mengenai fungsi-fungsi wanita menerusi tanggapan sejarah yang mereka praktikkan sama ada melalui agama, kepercayaan, cara hidup, budaya, perspektif masyarakat atau amalan sejarah lisan. Lantaran itu, British juga melihat wanita di Borneo Utara ini mempunyai potensi sebagai modal insan bagi melengkapi kekurangan buruh yang berpendidikan, khususnya dalam pelbagai sektor dan jabatan yang diwujudkan bagi mengukuhkan pendapatan ekonomi mereka. Maka, kajian ini bukan sahaja akan memperkukuhkan fakta mengenai bagaimana feminisme mempunyai peranan dalam memberikan wanita di Borneo Utara mendapatkan pendidikan, malah kajian ini juga akan mengulas mengenai bagaimana pendidikan untuk wanita itu sendiri sukar untuk diperjuangkan disebabkan oleh perspektif masyarakat itu sendiri yang melihat fungsi sosial wanita hanyalah terhad kepada reproduktif sahaja.

Item Type: Proceedings
Keyword: Pendidikan wanita , Feminisme , Penjajahan British , Dogma , Fungsi sosial wanita
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC1390-5160.3 Education of special classes of persons > LC1401-2572 Women. Girls
L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC65-245 Social aspects of education > LC68-70 Demographic aspects of education
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 31 Aug 2021 18:06
Last Modified: 31 Aug 2021 18:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30440

Actions (login required)

View Item View Item