Puvaneswari Arnasalam (2007) Penghasilan minuman jus tomato campuran madu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000141.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan minuman jus tomato campuran madu. Sebanyak 9 formulasi telah dibangunkan dan pemilihan formulasi terbaik adalah berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi daripada ujian sensori yang telah dijalankan. Sebanyak 4 formulasi terbaik iaitu F1, F4, F5 dan F9 telah dipilih melalui ujian pemeringkatan Balanced Incomplete Block (BIB) Design berdasarkan kepada nilai skor min paling rendah. Ujian hedonik telah digunakan untuk memilih formulasi terbaik iaitu berdasarkan hasil analisis varians (ANOVA). Sampel yang paling digemari adalah F1 yang mengandungi 35% puri tomato, 5% madu dan 5% gula. la mendapat min skor tertinggi bagi atribut warna (5.53 ± 1.22), aroma (4.80 ± 1.59), kemanisan (5.93 ± 0.80), kemasaman (5.80 ± 0.72), rasa tomato (5.90 ± 0.71), aftertaste (5.70 ± 0.97) dan penerimaan keseluruhan (5.75 ± 0.98). Dari formulasi terbaik ini ujian fizikokimia, analisis proksimat, ujian mutu simpanan, dan kajian pengguna dijalankan. Ujian mutu simpanan dilakukan selama 20 had melalui ujian fizikokimia dan ujian mikrobiologi. Ujian fizikokimia menunjukkan F1 mengandungi jumlah pepejal larut sebanyak 16 ± 0.1°Briks, nilai pH 3.86 ± 0.00 dan kandungan keasidan tertitrat 0.95 ± 0.01%. Analisis proksimat menunjukkan minuman jus ini mengandungi kelembapan 43.22 ± 0.02%, kandungan abu 0.08 ± 0.05%, kandungan serabut kasar 1.82 ± 0.01%, kandungan lemak 0.04 ± 0.01%, kandungan protein 0.33 ± 0.09%, kandungan karbohidrat 54.53 ± 0.73 dan kandungan vitamin C 9.00 ± 0.02 mg/100g. Ujian fizikokimia untuk ujian mutu simpanan menunjukkan perubahan kandungan jumlah pepejal larut dad 16.0 ± 0.0 °Briks ke 16.4 ± 0.0 °Briks. Ujian pH menunjukkan penurunan dad 3.86 ± 0.00 ke 3.84 ± 0.00 pada suhu bilik (25°C). Ujian keasidan tertitrat mendapati peratusan keasidan meningkat pada suhu bilik laitu dari 0.95 ± 0.00% kepada 0.97 ± 0.00. Ujian mikrobiologi menunjukkan minuman jus tomato tidak selamat diminum pada hari ke-16 penyimpanan pada suhu bilik (25°C) manakala pada suhu peti sejuk (4°C) minuman jus tidak selamat diminum pada hari ke-20. Kajian pengguna terhadap 100 responden menunjukkan bahawa 51 % responden akan membeli minuman jus kajian, 26% puls mungkin akan membeli dan 23% tidak akan membeli.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Juice, Mixed juice, Tomato, Honey |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 10 Jun 2011 16:31 |
Last Modified: | 19 Oct 2017 11:58 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3045 |
Actions (login required)
View Item |