Cham, Sai Chuen (2007) Penghasilan jeli pektin campuran bunga kekwa dan jambu batu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000143.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Projek penyelidikan ini dijalankan untuk menghasilkan produk jeli pektin campuran bunga kekwa, Chrysanthemum indicum L. dan jambu batu varieti Kampuchea. Sebanyak 9 formulasi dihasilkan untuk ujian pemeringkatan Balanced Incomplete Block (BIB) dan formulasi 1,5 dan 6 telah dipilih. Seterusnya, pemilihan satu formulasi terbaik dilakukan dengan menggunakan ujian skala hedonik berdasarkan atribut wama, aroma, tekstur, kemanisan, kemasaman, keseimbangan manis-masam, aftertaste dan penerimaan keseluruhan. Hasil menunjukkan F5 dengan 10% ekstrak bunga kekwa dan 10% jambu batu mempunyai skor min yang tertinggi secara keseluruhan menyebabkannya dipilih sebagai formulasi yang terbaik. Analisis proksimat mendapati jeli pektin campuran bunga kekwa dan jambu batu mempunyai kandungan kelembapan sebanyak 17.89±0.07%, abu 0.49±0.09%, protein 0.11±0.06%, lemak 0.14±0.07%, serabut kasar 3.24±0.11% dan karbohidrat 78.12±0.16%. Manakala bagi ujian fizikokimia, didapati produk jeli mempunyai nilai pH 3.41±0.06,78.1±0.06°Briks kandungan pepejal terlarut dan 0.75±0.06 kandungan asid tertitrat. Dalam ujian mutu simpanan, keputusan ujian mikrobiologi menunjukkan produk jeli pektin campuran bunga kekwa dan jambu batu yang disimpan pada suhu bilik masih bermutu tinggi dan tidak mempunyai kiraan koloni bererti selepas penyimpanan lapan minggu. Nilai pH, kandungan pepejal larut dan kandungan asid tertitrat bagi produk jeli yang disimpan selama lapan minggu tidak mempunyal perbezaan signifikan (p<0.05) dengan produk jeli segar. Dalam ujian perbandingan berganda, atribut-atribut warna, aroma, tekstur, kemanisan, kemasaman, keseimbangan manis-masam, aftertaste dan penerimaan keseluruhan bagi produk jeli yang disimpan selama lapan minggu tidak mempunyai perbezaan signifikan (p<0.05) dengan produk jeli segar. Berdasarkan kajian pengguna, secara keseluruhan terdapat 77% responden adalah menggemari produk ini dan sebanyak 71% responden akan membeli produk jeli sekiranya dipasarkan pada masa kelak.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Jelly, Mixed jelly, Chrysanthemum, Guava |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 10 Jun 2011 15:27 |
Last Modified: | 19 Oct 2017 12:00 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3047 |
Actions (login required)
View Item |