Peranti pengiraan raster dalam meramalkan potensi tanah runtuh: kajian kes jalan Tambunan-Ranau, Sabah, Malaysia

Woon, Zhan Wen and Mustapa Abd. Talip (2018) Peranti pengiraan raster dalam meramalkan potensi tanah runtuh: kajian kes jalan Tambunan-Ranau, Sabah, Malaysia. Borneo Science, 39. pp. 114-123. ISSN 1394-4339

[img] Text
Peranti pengiraan raster dalam meramalkan potensi tanah runtuh.pdf

Download (48kB)
[img] Text
Peranti pengiraan raster dalam meramalkan potensi tanah runtuh1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (747kB) | Request a copy

Abstract

Peranti pengiraan raster adalah satu utiliti yang sangat berguna untuk melaksanakan pelbagai tugas yang berkaitan dengan grid. Tanah runtuh adalah pergerakan jisim batuan, tanah atau debris yang menuruni cerun di bawah pengaruh graviti. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti di mana kawasan potensi berlaku tanah runtuh dengan menggunakanperanti pengiraan raster. Kajian ini telah menggunakandua parameter yang diutamakan iaitu kecerunan dan ketinggian. Berpandukan garis panduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kawasan ketinggian yang melebihi 1,000-meter dari aras laut, dan nilai kecerunan yang melebihi sudut  35 adalah dikira sebagai kawasan larangan untuk aktiviti manusia. Oleh itu, dengan menggunakan peta topografi yang telah didigitalkan (georeference) dengan menggunakan perisian ArcGIS telah membahagikan seluruh jalan kepada enam zon, dan setiap zon mempunyai 10 kilometerserta menggunakanperanti pengiraan rasteruntukmenghasilkan kawasan potensi berlakunya tanah runtuh. Hasil analisis mendapati bahawa kawasan yang berpotensi berlaku tanah runtuh adalah di kawasan Zon 4 iaitu sebanyak 0.086 peratus (0.811 km2) yang berada di sekitar Kampung Madsangoh dan Kampung Tenompok. Dapatan kajian berdasarkan perisianArcGIS telah menyediakan data yang dalam bentuk pengiraanraster,sekaligus menghasilkan peta potensi tanah runtuh mengikut kawasan yang telah dizonkan.Hasil daripada peta terbitan (georeferenced) ini juga mampu dijadikan sumber rujukan baharu kepada pelbagai agensi dan jabatan tempatan sebagai sumber rujukan serta sebagai kajian lanjutan pada masa akan datang.

Item Type: Article
Keyword: Tanah runtuh , GIS , Peranti pengiraan raster
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography > GB3-5030 Physical geography > GB5000-5030 Natural disasters
Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE500-639.5 Dynamic and structural geology > QE601-613.5 Structural geology
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Sep 2021 14:49
Last Modified: 22 Sep 2021 14:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30486

Actions (login required)

View Item View Item