Konsep sinkretisme menurut perspektif Islam

Ros Aiza Mohd Mokhtar and Che Zarrina Sa’ari (2015) Konsep sinkretisme menurut perspektif Islam. AFKAR : Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 17. pp. 51-78. ISSN 1511-8819 (P-ISSN) , 2550-1755 (E-ISSN)

[img] Text
Konsep sinkretisme menurut perspektif Islam.pdf
Restricted to Registered users only

Download (524kB) | Request a copy
[img] Text
Konsep sinkretisme menurut perspektif Islam-Abstract.pdf

Download (95kB)

Abstract

Konsep sinkretisme sangat luas skopnya. Ia telah dibincangkan dalam pelbagai aspek oleh sarjana dalam pelbagai bidang ilmu seperti teologi, sejarah agama dan juga antropologi. Sejak terminologi sinkretisme diperkenalkan ke dalam arus akademik, pelbagai definisi telah diberikan oleh para sarjana bagi menjelaskan fenomema sinkretisme dalam masyarakat sama ada secara positif mahupun negatif (pejoratif). Dalam kajian agama, sinkretisme telah menjadi salah satu kategori konsep yang dibahaskan dan kontroversi disebabkan terma ini memberi gambaran ‘tidak suci’ atau ‘tidak tulen’. Walaupun terminologi sinkretisme telah berkembang di Barat dan kajian sinkretisme dilakukan dengan meluas terhadap masyarakat Barat kuno dan Kristian, namun terminologi ini turut digunakan dalam menerangkan fenomena yang berlaku dalam masyarakat Islam. Justeru itu, makalah ini akan meneliti persoalan sinkretisme dari perspektif Islam bagi memastikan istilah yang tepat digunakan bagi menerangkan fenomena yang berlaku dalam masyarakat Islam.

Item Type: Article
Keyword: Sinkretisme , Fenomena , Islam , Barat , Muslim
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion > BL1-2790 Religions. Mythology. Rationalism > BL410 Religions in relation to one another
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Sep 2021 14:56
Last Modified: 22 Sep 2021 14:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30493

Actions (login required)

View Item View Item