Musnin Misdih and Noorliana Erdenaa (2021) Unsur formalistik dalam karya Ya Bamban Ya Lukah dan Huminodun Spirit. Gendang Alam, 11. pp. 131-142. ISSN 2180-1738
Text
Unsur formalistik dalam karya Ya Bamban Ya Lukah dan Huminodun Spirit FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (562kB) |
|
Text
Unsur formalistik dalam karya Ya Bamban Ya Lukah dan Huminodun Spirit ABSTRACT.pdf Download (61kB) |
Abstract
Karya catan Hassan Majin iaitu Ya Bamban Ya Lukah dan Huminodun Spirits (Kadazandusun) oleh Abdullah Ehlid Al Walid adalah cetusan idea pelukis terhadap tarian tradisi masyarakat Bisaya dan cerita rakyat wanita Kadazandusun. Karya diolah oleh pelukis bertujuan untuk memberi tafsirannya sendiri berdasarkan ekspresi dalam catan seni visual. Karya ini memberi penekanan terhadap penyampaian rasa, emosi dan perasaan yang diolah dalam sapuan berus dan penggunaan warna dalam kanvas karyanya. Naratif cerita diolah melalui pergerakan Spirit Bubu Mengalai dan figura Huminodun. Kajian dilakukan secara kualitatif untuk mentafsir keadaan yang sebenar menerusi pengkaryaan. Penghasilan karya adalah menerusi aplikasi aspek formalistik dalam pengkaryaan dan perspektif budaya. Hasil kajian menjelaskan bahawa terdapat unsur spirit dalam perkaryaan sebagai pernyataan seni visual yang mengupas tentang elemen fomalistik, kepercayaan terhadap figura dan kritikan seni. Justeru, terdapat unsur kepercayaan semangat dan perubatan tradisional menerusi tarian serta semangat menuai padi masyarakat tempatan di Borneo yang mereka warisi sejak dahulu lagi. Oleh hal yang demikian, pelukis dapat memaparkan semula dalam bentuk karya catan seni visual.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Unsur spirit , Kepercayaan , Karya Ya Bamban Ya Lukah , Huminodun Spirits , Kadazandusun , Elemen formalistik , Kritikan seni |
Subjects: | N Fine Arts > ND Painting > ND25-3416 Painting > ND1288-1460 Special subjects > ND1290-1293 Human figure |
Department: | FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology |
Depositing User: | SAFRUDIN BIN DARUN - |
Date Deposited: | 20 Sep 2021 15:57 |
Last Modified: | 20 Sep 2021 15:57 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30503 |
Actions (login required)
View Item |