Ekspresi Philip Ricardo biji terhadap masyarakat di sabah melalui arca ‘Tanpa Tajuk’

Rohasmezan Hashim and Baharudin Mohd Arus and Zaimie Sahibil (2021) Ekspresi Philip Ricardo biji terhadap masyarakat di sabah melalui arca ‘Tanpa Tajuk’. Gendang Alam, 11. pp. 31-38. ISSN 2180-1738

[img] Text
Ekspresi Philip Ricardo biji terhadap masyarakat di sabah melalui arca ‘Tanpa Tajuk’.pdf

Download (41kB)
[img] Text
Ekspresi Philip Ricardo biji terhadap masyarakat di sabah melalui arca ‘Tanpa Tajuk’1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (374kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini menjalankan analisis terhadap karya arca Philip Ricardo Biji berjudul ‘Tanpa Tajuk’ untuk menyingkap ekspresi pengarca terhadap masyarakat di Sabah. Data-data pemerhatian terhadap bentuk dan makna arca dianalisis melalui gabungan teori Ikonografi oleh Erwin Panofsky dan teori kritikan psikoanalisis oleh Sigmund Freud. Teori ikonografi terbahagi kepada tiga tahap. Kajian ini mendapati bahawa arca Philip Ricardo Biji mempunyai ekspresi yang menyerap ke dalam perasaan masyarakat di Sabah. Representasi bentuk semula jadi yang dipaparkan adalah imej manusia, sungai dan tahi lalat. Imej-imej tersebut menggambarkan motif pada anyaman dan tatu etnik Murut di Sabah. Motif-motif yang dipaparkan merujuk makna tentang budaya masyarakat Murut yang sedang bermesyuarat, acara minum tapai, aktiviti di sungai dan kepercayaan tentang keselamatan dari serangan buaya. Dari segi kritikan psikoanalisis pula, penghasilan arca seramik lebih menekankan kepada makna tersirat yang menggambarkan pengalamannya sebagai pelukis, pendidik dan ahli kraf serta aktiviti sosialnya bersama masyarakat etnik Murut. Arca ‘Tanpa Tajuk’ oleh Philip Ricardo Biji memaparkan ekspresi dari segi pemikiran, perlakuan dan perasaannya terhadap masyarakat Murut di Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Seni Arca , Psikologi , Budaya , Ikonografi , Psikoanalisis
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
N Fine Arts > N Visual arts > N1-(9211) Visual arts > N5300-7418 History
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Oct 2021 07:36
Last Modified: 17 Oct 2021 07:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30529

Actions (login required)

View Item View Item