M Fazmi Hisham and Zairul Anuar Md Dawam (2019) Analisis kontruksi makna menerusi pencahayaan dan gerak kerja kamera filem lelaki harapan dunia. Gendang Alam, Edisi Khas. pp. 85-105. ISSN 2180-1738
Text
Analisis kontruksi makna menerusi pencahayaan dan gerak kerja kamera filem lelaki harapan dunia .pdf Download (39kB) |
|
Text
Analisis kontruksi makna menerusi pencahayaan dan gerak kerja kamera filem lelaki harapan dunia 1.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Kajian ini merungkai sistem tanda atau makna dalam filem menerusi unsur sinematik iaitu pencahayaan dan gerak kerja kamera. Adegan ke16 filem Lelaki Harapan Dunia digunakan sebagai bahan kajian. Dalam konteks penelitian ini, filem merupakan sebuah teks yang penuh makna dan multitafsir yang tersusun dari penanda dan petanda. Ia bersesuaian dengan gagasan Barthes yang mengembangkan sistem tanda Pierce kepada yang lebih luas, iaitu dua tahap signifikasi penanda dan petanda kepada detonasi, konotasi dan mitos. Denotasi adalah apa yang kita lihat melalui gambar, visual atau imej. Konotasi pula apa yang kita dapat fikirkan tentang maknanya. Oleh itu, pengkaji merumuskan masalah adalah bagaimana konstruksi makna dalam filem pilihan dihubungkan dengan analisis unsur sinematik dan semiotik. Pemilihan adegan 16 dalam filem diteliti bagi tujuan mendapatkan sistem tanda yang cuba diketengahkan oleh adegan terbabit. Kajian ini mendapati sesebuah filem yang memaparkan naratif hubungan sosial budaya tidak hanya semata-mata sebuah gambar bergerak, tetapi banyak melibatkan mesej tertentu yang cuba disampaikan menerusi sistem tanda dan makna yang perlu berhubungan dengan sosial dan realiti kehidupan manusia. Filem adalah wacana dari realiti masyarakat dan berbeza dari renungan realiti di mana filem membentuk dan menghadirkan kembali realiti berdasarkan kod, konvensyen dan ideologi dari kebudayaan. Karya filem dibangunkan dengan sistem tanda semata-mata yang merupakan simbol-simbol daripada verbal mahupun non-verbal yang memiliki makna, sama ada makna denotatif mahupun konotatif.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Kosntruksi makna , Realiti , Pencahayaan , Gerak kerja kamera , Sinematik visual |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1660-1693 Technique of dramatic composition T Technology > TR Photography > TR1-1050 Photography > TR845-899 Cinematography. Motion pictures |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 22 Oct 2021 10:29 |
Last Modified: | 22 Oct 2021 10:29 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30556 |
Actions (login required)
View Item |