Representasi budaya dalam rekaan bentuk busana perkahwinan masyarakat Bisaya di Beaufort, Sabah

Nurfahrina Abal Mukam and Humin Jusilin (2019) Representasi budaya dalam rekaan bentuk busana perkahwinan masyarakat Bisaya di Beaufort, Sabah. Gendang Alam, 9. pp. 17-27. ISSN 2180-1738

[img] Text
Representasi budaya dalam rekaan bentuk busana perkahwinan masyarakat Bisaya di Beaufort, Sabah.pdf

Download (37kB)
[img] Text
Representasi budaya dalam rekaan bentuk busana perkahwinan masyarakat Bisaya di Beaufort, Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Busana tradisional etnik di Sabah adalah representasi kerencaman fesyen, bentuk dan ragam hias yang menampilkan identiti dan nilai budaya. Pengaruh asimilasi budaya dan fenomena kehidupan moden yang sentiasa berubah secara tidak langsung mempengaruhi penampilan berpakaian daripada tradisional kepada kontemporari sifatnya. Pada masa kini, busana tradisional lazimnya dapat dilihat dalam majlis perkahwinan, persembahan tarian dan upacara ritual. Identiti busana perkahwinan masyarakat Bisaya di Sabah dikenal pasti melalui penggunaan istilah, bentuk dan ragam hias mengikut citra dan dogma budaya. Kajian busana ini ditumpukan khusus di perkampungan masyarakat Bisaya di Beaufort, Sabah. Data-data kajian membantu pengkaji untuk mendokumentasi dan menganalisis elemen bentuk dan ragam hias yang menitipkan representasi identiti dan budaya dalam etnik berkenaan. Makna tentang subjek, bentuk dan ragam hias selanjutnya diperoleh melalui bentuk simbol sebagai asas penghayatan seni melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan rakaman audio visual di lapangan. Kajian ini mendapati elemen bentuk dan ragam hias busana perkahwinan adalah gambaran artistik melalui representasi budaya, adat istiadat dan alam sekeliling. Justeru, bentuk dan ragam hias busana perkahwinan masyarakat Bisaya di Sabah dapat dikaitkan dengan kehidupan tipikal dan warisan budaya yang diwarisi semenjak turun-temurun.

Item Type: Article
Keyword: Etnik Bisaya , Budaya , Representasi , Bentuk , Ragam hias
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General) > GT2400-3390.5 Customs relative to private life Including children, marriage, eating and drinking, funeral customs, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Oct 2021 10:34
Last Modified: 22 Oct 2021 10:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30559

Actions (login required)

View Item View Item