'Melabuh ajung': signifikasi kepercayaan kosmologi dalam pembentukan identiti teater tradisional etnik pantai timur Sabah

Sharifuddin Zainal and Mohd Kipli Abdul Rahman and Mohamad Azizul Ibrahim (2018) 'Melabuh ajung': signifikasi kepercayaan kosmologi dalam pembentukan identiti teater tradisional etnik pantai timur Sabah. Gendang Alam, 8. pp. 47-68. ISSN 2180-1738

[img] Text
'Melabuh ajung'.pdf

Download (37kB)
[img] Text
'Melabuh ajung'1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (726kB)

Abstract

Melabuh ajung merupakan satu amalan tradisional etnik-etnik tertentu di pantai timur Sabah. Istilah melabuh ajung merujuk kepada amalan sembahan jamuan yang diberikan kepada semangat, penjaga dan roh nenek moyang. Kebiasaannya, ajung dilabuh ke dalam air melalui persembahan ritual pengubatan bagi memastikan penyakit dan musibah yang dihadapi dapat disembuhkan.Melabuh ajung merupakan amalan yang mempunyai kaitan rapat dengan kepercayaan tradisional etnik terhadap alam persekitaran mereka. Hal yang demikian menjadikan amalan tersebut sebagai satu amalan tradisi yang penting dan dipersembahkan dengan tertib adat tertentu. Namun, amalan ini juga sudah semakin ditinggalkan selari dengan pemodenan budaya kehidupan dan kepercayaan etnik pengamal. Walaupun Sabah merupakan negeri yang terdiri daripada masyarakat multietnik dan mempunyai kepelbagaian kepercayaan serta budaya, kehadiran teater tradisional Sabah sering dipertikaikan dalam kajian bidang ilmu persembahan di Malaysia. Permasalahan kewibawaan amalan persembahan ritual sebagai sebuah teater tradisional, stuktur, nilai estetika dan identiti merupakan persoalan yang sering diutarakan dalam membincangkan teater tradisional Sabah. Melalui kajian etnografi, artikel ini akan menghuraikan hubungan antara kepercayaan masyarakat etnik pantai timur Sabah terhadap unsur kosmos di persekitaran mereka dengan persembahan amalan melabuh ajung, dan seterusnya berfokus kepada pembentukan identiti teater tradisional etnik pantai timur Sabah melalui amalan tradisi tersebut.

Item Type: Article
Keyword: Melabuh Ajung , Identiti , Sabah , Teater tradisional , Persembahan ritual
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN2000-3307 Dramatic representation. The theater
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Oct 2021 11:01
Last Modified: 22 Oct 2021 11:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30569

Actions (login required)

View Item View Item