Farah Nabila Nordin and Humin Jusilin and Oscar Gordon Wong (2018) Aplikasi serbuk tanah liat dan abu kayu sebagai penghasilan gerlis ke atas permukaan seramik. Gendang Alam, 8. pp. 101-112. ISSN 2180-1738
Text
Aplikasi serbuk tanah liat dan abu kayu sebagai penghasilan gerlis ke atas permukaan seramik.pdf Download (38kB) |
|
Text
Aplikasi serbuk tanah liat dan abu kayu sebagai penghasilan gerlis ke atas permukaan seramik1.pdf Restricted to Registered users only Download (508kB) |
Abstract
Abu gerlis tidak pernah diaplikasikan di Sabah sebagai gerlis komersial. Pengusaha seramik tempatan khususnya di Kota Belud dan Semporna belum menemui kaedah memprosesnya kerana mereka tidak terdedah dengan pengetahuan menggunakan formula menghasilkan gerlis. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, mendokumentasikan dan menganalisis bahan alam yang dapat menghasilkan gerlis. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji adalah kaedah kualitatif dan menjalankan aktiviti uji kaji bengkel di studio seramik, Universiti Malaysia Sabah. Formula yang digunakan adalah formulasi line blend oleh Michael Cerv (2016). Formula line blend adalah pendekatan yang mengaplikasikan gabungan satu atau dua bahan semula jadi untuk mendapatkan kesan satin dan matt. Sebanyak enam sampel kajian dijalankan di studio dengan memperkenalkan teknik gabungan tanah kaolin dan abu kayu yang berbeza nisbahnya. Hasil kajian mendapati keenam-enam sampel menunjukkan kesan yang berbeza dari segi permukaan dan warna gerlis. Kajian ini adalah satu indikator yang mudah digunakan untuk menghasilkan gerlis. Secara tidak langsung, kaedah ini memberi sumbangan kepada pengusaha seramik di Kota Belud dan Semporna dalam menghasilkan kraf seramik yang lebih berkualiti.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Tanah liat , Abu , Formula line blend , Seramik , Gerlis |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo N Fine Arts > NK Decorative arts > NK1-(9990) Decorative arts > NK3600-(9990) Other arts and art industries > NK3700-4695 Ceramics |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 22 Oct 2021 11:26 |
Last Modified: | 22 Oct 2021 11:26 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30581 |
Actions (login required)
View Item |