Nordi Achie (2020) Pemikiran propagandikal syiah imamiah: resensi kritis terhadap “syiah sebenar-benarnya ahlu sunah nabi” karya Profesor Dr. Muhammad Tijani As-Samawi. Jurnal Kinabalu, 26. pp. 1-21. ISSN 2600-867X
Text
Pemikiran propagandikal syiah imamiah.pdf Download (45kB) |
|
Text
Pemikiran propagandikal syiah imamiah1.pdf Download (339kB) |
Abstract
Makalah ini bertujuan menilai semula pemikiran propagandikal Profesor Dr. Muhammad Tijani as-Samawi, menerusi karyanya, Syiah Sebenar-Benarnya Ahlu Sunah Nabi (2007). Kajian ini menggunakan kaedah analisis tekstual (kritikan dokumentatif). Perlu dinyatakan, dalam perkembangan pengaruh Syiah Imamiah di Nusantara, buku ini dinilai penting selepas Dialog Sunnah Syi’ah, Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait? dan AkhirnyaKutemukan Kebenaran. Menerusi karyanya ini, at-Tijani membangkitkan pelbagai isu dan persoalan kontroversial tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah Imamiah (SI). Sasaran at-Tijani ialah sahabat Rasulullah (SAW), tokoh ulama dan pemikiran ASWJ. Menerusi kritikan terhadapnya, kita dapat memaparkan beberapa kelemahannya. Persoalannya, apakah pemikirannya berlunaskan prinsip dan praktik kesarjanaan? Setakat manakah pentafsirannya dapat bersifat ilmiah? Adakah pemikirannya memberikan sumbangan penting terhadap cita-cita murni pendekatan antara mazhab (taqarib al-mazahib)? Dalam proses menilai semula pemikiran at-Tijani, kita tidak memihak kepada mana-mana mazhab kerana setiap sarjana berperanan untuk mencari kebenaran hakiki, bukannya mempertahankan sentimen kemazhaban. Untuk menjelaskan kritikan terhadap pemikiran at-Tijani, kita menggarapnya berdasarkan isi-isi tertentu (Penilaian 1, Penilaian 2 dan selanjutnya).
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Pemikiran , Propaganda , Syiah , Khalifah , Politik Islam |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. J Political Science > JA Political science (General) > JA1-92 Political science (General) > JA81-84 History |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 25 Oct 2021 18:38 |
Last Modified: | 25 Oct 2021 18:38 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30599 |
Actions (login required)
View Item |