Mod pengangkutan bas tanpa permit (pirate): ciri-ciri pengoperasian dan faktor pengendalian mod sebagai pengangkutan tidak formal di Kota Kinabalu

Nazihiyah Asli and Harifah Mohd Noor (2020) Mod pengangkutan bas tanpa permit (pirate): ciri-ciri pengoperasian dan faktor pengendalian mod sebagai pengangkutan tidak formal di Kota Kinabalu. Jurnal Kinabalu, 26. pp. 101-130. ISSN 2600-867X

[img] Text
Mod pengangkutan bas tanpa permit .pdf

Download (40kB)
[img] Text
Mod pengangkutan bas tanpa permit 1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (968kB)

Abstract

Ketidakseimbangan perkhidmatan bas awam di Kota Kinabalu menyebabkan pengguna memilih alternatif lain, iaitu pengangkutan tidak formal. Kawasan yang tidak menerima perkhidmatan pengangkutan awam telah mendorong kewujudan perkhidmatan informal, iaitu bas tanpa permit yang dikenali sebagai van sapu atau “pirate”. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri pengoperasian mod pengangkutan bas tanpa permit yang terdapat di Kota Kinabalu dan menjelaskan beberapa faktor pengendalian mod sebagai pengangkutan tidak formal. Sumber primer melalui tinjauan soal selidik dan temu bual separa berstruktur melibatkan pemandu perkhidmatan bas tanpa permit diaplikasikan dalam penyelidikan ini. Temu bual berstruktur juga dijalankan bersama pihak Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah bagi memantapkan penemuan kajian. Hasil kajian menunjukkan pengoperasian mod bas tanpa permit yang terdapat di Kota Kinabalu juga mempunyai ciri khusus meliputi beberapa aspek, iaitu masa bekerja, perkhidmatan, keselamatan, jenis kenderaan yang digunakan, kadar tambang, laluan pengoperasian dan organisasi pengoperasian mod. Penemuan kajian juga mendapati kesukaran dalam memenuhi polisi yang ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk menawarkan perkhidmatan sebagai pengangkutan awam, khususnya yang berkaitan dengan permohonan kelulusan permit telah mendorong keputusan para pemandu untuk menjalankan operasi bas tanpa memiliki permit. Faktor-faktor lain seperti sosioekonomi, kewarganegaraan dan keselesaan juga mempengaruhi pengendalian mod sebagai pengangkutan tidak formal. Dapatan kajian ini membantu pihak berkuasa untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam sedia ada tanpa mengabaikan perkhidmatan tidak formal yang turut memainkan peranan penting dari segi mobiliti penduduk.

Item Type: Article
Keyword: Kota Kinabalu , Perkhidmatan pengangkutan awam , Pirate , Pengoperasian , Pemandu , Polisi kerajaan
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications > HE1-9990 Transportation and communications > HE323-328 Transportation geography. Trade routes
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Oct 2021 18:41
Last Modified: 25 Oct 2021 18:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30601

Actions (login required)

View Item View Item