Lizalin Anak Kalang and Oliver Valentine Eboy (2020) Penentuan corak densiti jenayah di kawasan tumpuan sekolah-sekolah menengah dalam bandar Kota Kinabalu menggunakan aplikasi gis. Jurnal Kinabalu, 26. pp. 197-215. ISSN 2600-867X
Text
Penentuan corak densiti jenayah di kawasan tumpuan sekolah-sekolah menengah dalam bandar Kota Kinabalu menggunakan aplikasi gis.pdf Download (40kB) |
|
Text
Penentuan corak densiti jenayah di kawasan tumpuan sekolah-sekolah menengah dalam bandar Kota Kinabalu menggunakan aplikasi gis1.pdf Restricted to Registered users only Download (980kB) |
Abstract
Jenayah dikatakan banyak berlaku di bandar dan bertumpu di sekitar pusat bandar. Jenayah yang paling kerap berlaku di bandar ialah jenayah harta benda dan kekerasan. Peningkatan perlakuan jenayah tersebut di kawasan bandar telah menyebabkan kawasan sekolah di bandar turut menerima kesannya. Oleh itu, kajian ini mengetengahkan kajian jenayah harta benda dan kekerasan di kawasan tumpuan sekolah-sekolah. Sehubungan itu, kurangnya kajian berkenaan masalah jenayah dari bidang Geografi menjadi antara penyumbang kepada kurang berkesannya pencegahan jenayah. Berhubung dengan masalah ini, kajian ini dijalankan dengan bertujuan untuk memetakan jenayah dalam ruang menggunakan aplikasi GIS. Kajian ini menggunakan data statistik jenayah harta benda dan kekerasan Kota Kinabalu bagi tahun 2018 yang telah diperoleh daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu. Data tersebut dimasukkan dalam perisian GIS dan seterusnya dianalisis menggunakan analisis corak iaitu teknik analisis Densiti Kernel. Hasil kajian yang diperoleh merupakan peta corak densiti jenayah harta benda dan kekerasan. Berdasarkan peta corak densiti tersebut, didapati corak densiti tinggi jenayah harta benda terdapat di zon Kota Kinabalu, manakala bagi jenayah kekerasan pula terdapat di dua zon iaitu Kota Kinabalu dan Signal Hill. Didapati tiada sekolah yang berada dalam kawasan corak densiti tinggi bagi kedua-dua jenayah tersebut. Kajian ini menyumbang kepada bidang pemetaan jenayah dengan menggunakan analisis GIS. Selain itu, hasil kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang terlibat seperti pihak polis, sekolah dan perancang bandar untuk mengatasi perlakuan jenayah yang semakin meningkat di bandar dan semestinya di kawasan tumpuan sekolah-sekolah yang turut terkesan dengan hal tersebut. Di samping itu, kajian ini juga memberi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan terutamanya yang berada di kawasan tumpuan jenayah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Jenayah , Jenayah harta benda , Jenayah kekerasan , Sekolah , Pemetaan , GIS , Corak densiti , Densiti kernel |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G70-70.6 Philosophy. Relation to other topics. Methodology L Education > LD Individual institutions - United State > LD13-7501 Individual institutions - United States > LD7501 Secondary and elementary schools |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 25 Oct 2021 18:52 |
Last Modified: | 25 Oct 2021 18:52 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30604 |
Actions (login required)
View Item |