Halina Sendera Mohd Yakin and Odetta Yahcob and Junaidah Januin (2021) Fungsi dan implikasi pusat internet terhadap masyarakat luar bandar di Sabah dalam era pandemik COVID-19. Manu, 32. pp. 51-68. ISSN 2590-4086
Text
Fungsi dan implikasi pusat internet terhadap masyarakat luar bandar di Sabah dalam era pandemik COVID-19.pdf Download (41kB) |
|
Text
Fungsi dan implikasi pusat internet terhadap masyarakat luar bandar di Sabah dalam era pandemik COVID-191.pdf Restricted to Registered users only Download (635kB) |
Abstract
Pusat internet telah ditubuhkan oleh kerajaan di seluruh negara sebagai salah satu usaha untuk memperkasa sistem komunikasi serta tahap sosioekonomi dan merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar. Bagi masyarakat luar bandar yang menghadapi halangan berhubung kebolehcapaian dan pemilikan internet serta gadget, pusat internet yang kebanyakannya terletak di lokasi tertentu menjadi tumpuan bukan sahaja dalam kalangan pelajar, malah para pekerja serta penduduk kampun g. Penularan pandemik COVID-19 yang melanda masyarakat telah melonjakkan lagi kepentingan komunikasi alam maya ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah membataskan komunikasi dan transaksi secara konvensional. Makalah ini diusahakan untuk mengkaji fungsi dan implikasi pusat internet terhadap masyarakat luar bandar semasa pandemik COVID-19 berlaku, khususnya di daerah Kudat, Pitas dan Kota Marudu yang terletak dalam zon Pantai Barat Utara, Sabah. Gabungan kaedah pemerhatian, soal selidik dan temu bual diaplikasikan bagi mendapatkan data primer ber sif at kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan seramai 133 responden dan 13 informan terdiri dalam kalangan pengurus serta pekerja di pusat internet, pelajar sekolah, Giatmara dan universiti, guru sekolah dan KAFA, kakitangan kerajaan serta swasta dan ketua serta penduduk kampung. Penemuan kajian mendapati fungsi pusat internet tidak menyerlah dalam kalangan masyarakat luar bandar khususnya semasa pelaksanaan PKP. Tambahan lagi, terdapat dalam kalangan masyarakat yang belum sedar tentang keberadaan serta lokasi pusat internet di daerah masing-masing. Di samping itu, bilangan yang terhad dan lokasi yang jauh dari petempatan penduduk kampung menyebabkan pusat internet tidak dapat berfungsi sewajarnya sebagai medium komunikasi komuniti. Kajian ini turut menyarankan beberapa langkah penyelesaian bagi mengatasi kemelut berhubung internet. Diharapkan kertas kerja ini dapat menjadi pemangkin kepada usaha untuk memperkasakan komunikasi alam maya atau mewujudkan komuniti digital khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Pusat internet , Masyarakat luar bandar , Pantai Barat Utara , Sabah , Fungsi , Implikasi |
Subjects: | H Social Sciences > HE Transportation and Communications > HE1-9990 Transportation and communications > HE7601-8700.9 Telecommunication industry. Telegraph R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA639-642 Transmission of disease |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 25 Oct 2021 19:33 |
Last Modified: | 25 Oct 2021 19:33 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30613 |
Actions (login required)
View Item |