Mohd Dahlan A. Malek and Ida Shafinaz Mohamed Kamil (2020) Kesejahteraan psikologi dalam kalangan atlet sukan di Institusi Pengajian Tinggi. Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial, 4. pp. 26-32. ISSN 2600-7819
Text
Kesejahteraan psikologi dalam kalangan atlet sukan di Institusi Pengajian Tinggi.pdf Download (41kB) |
|
Text
Kesejahteraan psikologi dalam kalangan atlet sukan di Institusi Pengajian Tinggi1.pdf Restricted to Registered users only Download (457kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesejahteraan psikologi dalam kalangan atlet sukan di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Seramai 113 responden terlibat dalam kajian ini dengan menggunakan intrumen Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ), Depression, Anxiety and Stress Scale-21 (DASS-21), Brief Resilient Coping Scale (BRCS) dan Ryff’s Psychological Well-Being Scale (RPWS). Kajian mendapati bahawa stres dan motivasi mempengaruhi kesejahteraan psikologi para atlet. Selain itu, dapatan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan antara stres dan daya tahan dalam menangani permasalahan yang berkaitan dengan psikologi dalam kalangan atlet. Dapatan kajian juga mendapati bahawa daya tahan berperanan sebagai moderator di antara stres dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan atlet sukan di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Dapatan kajian ini penting untuk pihak Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi agar memfokuskan kepada faktor psikologi untuk mengetahui tahap kesejahteraan psikologi para atlet dan juga punca stres serta tahap motivasi mereka agar mereka dapat berjaya dalam sukan dan juga pelajaran mereka.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Kesejahteraan psikologi , Motivasi , Stres , Daya tahan , Atlet sukan |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV557-1198.995 Sports R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA790-790.95 Mental health. Mental illness prevention |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 25 Oct 2021 19:39 |
Last Modified: | 25 Oct 2021 19:39 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30616 |
Actions (login required)
View Item |