Motif peserta dalam sukan triathlon

Mohamad Nizam Nazarudin and Zakiah Noordin (2019) Motif peserta dalam sukan triathlon. Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS), 3. pp. 16-23. ISSN 2600-7819

[img] Text
Motif peserta dalam sukan triathlon.pdf

Download (41kB)
[img] Text
Motif peserta dalam sukan triathlon1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (348kB) | Request a copy

Abstract

Sukan Triathlon telah menjadi semakin popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan adalah antara sukan yang paling pesat berkembang di dunia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji motif penglibatan dalam acara Triathlon. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik Motivations of Marathoners Scales (α = .71 hingga .86). Ia ditadbir kepada 120 peserta (min umur 37.19 ± 7.27 tahun, BMI 22.76 ± 4.21, 60 lelaki dan 60 wanita) yang mengambil bahagian dalam Putrajaya International Triathlon 2019. Statistik deskriptif dan inferensi (ujian-t dan Anova sehala) digunakan untuk menganalisis data. Motif psikologi, kesihatan fizikal dan pencapaian adalah pada tahap sangat tinggi tetapi motif sosial hanya pada tahap tinggi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina kecuali motif keahlian, pencapaian matlamat peribadi dan kehidupan bermakna. Nilai min motif keahlian, pencapaian matlamat peribadi dan kehidupan bermakna wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki. Terdapat perbezaan yang signifikan antara kategori acara kecuali motif pencapaian matlamat peribadi dan persaingan. Terdapat perbezaan motif keprihatinan berat badan yang signifikan di antara indeks jisim badan (BMI). Kesimpulannya adalah penyelidikan pada masa hadapan perlu mengkaji keberkesanan penglibatan motivasi dalam meningkatkan penyertaan dalam acara Triathlon.

Item Type: Article
Keyword: Motivasi , Triathlon , Psikologi sukan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV557-1198.995 Sports > GV1060.5-1098 Track and field athletics
H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM1001-1281 Social psychology > HM1041-1101 Social perception. Social cognition Including perception of the self and others, prejudices, stereotype
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Oct 2021 19:46
Last Modified: 25 Oct 2021 19:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30621

Actions (login required)

View Item View Item