Ling, Swee Nian (2009) Pembangunan produk kordial rockmelon (Cucumis melon var. reticulatus). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000152.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Penghasilan produk kordial rockmelon dapat mempelbagaikan industri minuman di samping membangunkan produk makanan daripada buah rockmelon. Kajian dimulakan dengan 9 formulasi yang dihasilkan. Pemilihan dijalankan melalui ujian pemeringkatan BIB, sebanyak 3 formulasi (F2, F6, dan F8) dipilih dan disusuli dengan ujian hedonik tujuh skala. Akhirnya, F8 dipilih sebagai formulasi terbaik kerana nilai skor min tertinggi bagi atribut aroma, wama, rasa rockmelon, aftertaste dan penerimaan keseluruhan. Analisis proksimat telah dijalankan dan didapati mengandungi 49.56±0.12% kandungan air, 0.20±0.02% abu, 0.15±0.05% serabut kasar, 0.65±0.03% protein, 0.13±0.02% lemak, 49.36±0.00% karbohidrat dan 8.90 mg/100g asid askorbik. Kordial diletak pada suhu bilik 27°C selama lapan minggu untuk ujian mutu simpanan. Ujian mikrobiologi menunjukkan kordial masih selamat diminum kerana nilai kurang daripada 105 cfu/ml. Ujian fizikokimia juga dijalankan dengan pengukuran nilai pH, pepejal larut dan keasidan tertirat. Nilai pH menunjukkan penurunan dari 4.11±0.01 ke 3.66±0.15. Pepejal larut juga mengalami penurunan dari 49.50±0.50°briks ke 44.67±0.58°briks. Nilai keasidan menunjukkan nilai 0.26±0.01% dan meningkat sehingga 0.65±0.01%. Ujian perbandingan berganda telah menunjukkan produk sesuai diguna sebelum lapan minggu kerana terdapat perbezaan signifikan (p>0.05) bagi atribut aroma, warna, rasa, aftertaste dan penerimaan keseluruhan pada minggu kelapan. Ujian pengguna dilakukan dengan ujian hedonik tujuh skala. Hasil diperolehi bahawa 78% suka akan warna kordial, 70% suka akan aromanya, 71% suka rasa manis kordial dan 90% dapat menerima kordial secara keseluruhannya. Terdapat sebanyak 71% pengguna akan membeli kordial jika dipasarkan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Product development, Cordial, Beverages, Rockmelon |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 10 Jun 2011 14:55 |
Last Modified: | 19 Oct 2017 12:28 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3067 |
Actions (login required)
View Item |