Kemiskinan digital, isu dan cabaran, satu penelitian awal

Nur Firzana Rosman and Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof and Jalihah Md Shah and Jurry Foo and Mahadirin Ahmad and Ramlah Daud (2021) Kemiskinan digital, isu dan cabaran, satu penelitian awal.

[img] Text
Kemiskinan digital, isu dan cabaran, satu penelitian awal-ABSTRACT.pdf

Download (59kB)
[img] Text
Kemiskinan digital, isu dan cabaran, satu penelitian awal.pdf
Restricted to Registered users only

Download (287kB) | Request a copy

Abstract

Penutupan premis perniagaan semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) pastinya memberi kesan kepada pendapatan peniaga kecil dan sederhana (PKS). Sehubungan itu, pihak kerajaan dilihat telah menjadikan perniagaan atas talian sebagai suatu medium alternatif agar golongan ini mampu menjana pendapatan walaupun aktiviti perniagaan terpaksa ditutup untuk mengawal penularan covid-19. Kertas kerja ini merupakan hasil analisis kajian lepas yang menjelaskan mengenai konsep kemiskinan digital, meneliti isu-isu dan cabaran yang dihadapi peniaga serta hubungan pekerjaan dalam industri tidak formal. Dalam berhadapan masalah kemiskinan digital antara isu yang timbul ialah isu penjanaan pendapatan dan mendigitalkan kan perniagaan dalam kalangan peniaga kecil, ini kerana untuk beradaptasi dengan perniagaan atas talian bukan hal yang mudah kerana model perniagaan digital berbeza dengan model perniagaan tradisional. Kekurangan ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keterbatasan akses kemudahan infrastruktur pasti menjadi faktor utama dalam masalah ini. Bukan itu sahaja, keadaan golongan ini yang merupakan Self-employed workers turut menyebabkan mereka tidak mendapat bantuan daripada pihak kerajaan. Justeru itu, penglibatan semua pihak amatlah penting untuk menangani permasalahan ini, agar tidak ada golongan peniaga kecil yang tercicir dan sekali gus mampu bergerak seiring dengan penggunaan teknologi semasa pandemik covid-19.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kemiskinan digital , Peniaga kecil , Sektor tidak formal , Covid-19 , Hubungan pekerja , Self-employed workers
Subjects: H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD2321-4730.9 Industry > HD2340.8-2346.5 Small and medium-sized businesses, artisans, handicrafts, trades
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Sep 2021 15:49
Last Modified: 22 Sep 2021 15:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30736

Actions (login required)

View Item View Item